Awas mempelam yang anda makan
Pernahkah
anda melihat mempelam yang berjerawat atau cacat kulitnya dijual di kedai2,
pasar borong atau supermarket? Sudah tentu tidak pernah bukan? Sedarkah anda
kebanyakan mempelam yang dijual itu berasal dari Siam?
Pernah
terdengar cerita kawan yang pakcik beliau bekerja sebagai Kastam di Padang
Besar. Beliau berhujah bahawasanya, beliau sudah tidak pernah sanggup memakan
mempelam Siam lagi kerana Pakciknya ternampak orang Siam menyuntik sesuatu
bahan ke dalam pangkal buah mempelam. Nah, apakah bahan yang disuntik itu?
Sudah tentu ia bahan kimia yang akan mengawetkan mempelam supaya tahan lama di
Semenanjung Malaysia. Pernahkah KKM membuat persampelan racun kepadanya?
Allahualam... Antara racun yang popular di Malaysia ialah Malathion, Sumithion,
Aqua Resigen dsbnya.
Pernahkah
anda terfikir kenapa mempelam itu tidak cacat sedari putik hingga ia menjadi
buah? Sudah tentu penggunaan racun digunakan secara maksimum kerana mempelam
tempatan biasanya mudah rosak kerana
kurang penggunaan racun! Relakah anda memberi makan kepada keluarga anda
mempelam yang sedemikian rupa?
Racun
pada permukaan kulit tidak hilang sepenuhnya walaupun direndam dengan air
garam... kepekatan racun hanya boleh berkurangan itu saja. maknanya anda masih
terdedah kepada penyerapan racun. Racun yang diserap ke dalam darah akan
disimpan dalam sel-sel lemak badan anda dan akan dirembes perlahan-lahan semasa
anda tidur. Jangan dilupa kesan terkumpul racun (Cumulative effect ) apabila
anda terus terusan memakan mempelam atau buah buahan lain yan beracun.
Tidak
hairanlah berbagai bagai jenis penyakit yang dulunya jarang didengar telah
melanda rakyat negara ini... Buktinya, penyakit buah pinggang rosak sepenuhnya
( End Stage Renal Failure ) telah meningkat kejadiannya dari tahun ke tahun.
Justeru, bilangan pusat pusat dyalisis juga tumbuh bagai cendawan kerana ia
menjanjikan pulangan yang amat banyak! Pesakit Dialisis memerlukan 3 kali
cucian darah seminggu (Sekali cuci darah @ Dialisis = RM 200 ) oleh itu sebulan
RM2400 ! jumlah ini belum termasuk jumlah bayaran ubat dan upah consultasi pakar
nephrologist melihat anda !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.