Bahaya Makan Kepak Ayam kepada
Wanita
– Betul kah kepak ayam merbahaya kepada wanita? Kalau benarlah seperti yang
digembar-gemburkan maka para wanita harus mengelakkan daripada makan bahagian
kepak ayamlah selepas ini. Admin sebagai lelaki pun risau juga dengar pasal
nih. Berdasarkan kisah yang admin baca nie, memakan kepak ayam merbahaya kepada
wanita kerana dikatakan ada kaitan dengan kanser. Mari baca dahulu kisah nie
sebelum membuat andaian.
Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”
Pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Elakkan
daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum
wanita. Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam
rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang
dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap. Dia menyangka
bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan
berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit
puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan
yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang
pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya
tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada masakini ayam
disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya
keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain
daripada keperluan untuk makanan. Ubat steroid ini disuntik bertujuan
mempercepat tumbesaran, mengurangkan pembentukan lemak sebaliknya menggalakkan
pertumbuhan daging. Jika anda mahu body secantik Sylvester Stallone, anda pun
kenalah suntik steroid juge... tapi awasi kesan jangka panjang steroid!! Untuk
pengetahuan anda, bukan ayam je yang disuntik, tetapi haiwan lain seperti
lembu, babi, kambing, itik, rusa pun mereka suntik juga...
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid
biasanya disuntik di leher, kepak atau di peha drumstick. Ini menyebabkan kepekatan
tertinggi steroid wujud di tempat-tempat ini. Steroid boleh menyebabkan kesan sampingan
ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan. Ia mempunyai kesan yang
lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang
lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya
menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan
kekerapan mereka memakan kepak ayam.
Apa pendapat anda selepas baca kisah di atas?
Adakah betul-betul ada suntikan hormon (steriod) tumbesaran tersebut. Anda
mesti pernah jumpa penjual ayam goreng 1 ketul RM1.00 di tepi jalan?
Fikir-fikirkanlah, bukan kepada wanita juga, bahkan lelaki, kerana makananlah
juga kadang-kadang menjadi ubat penyembuh, dan kadang-kadang menjadi racun
pembunuh. Sama lah juga tentang perihal Bahaya Kepak Ayam pada Wanita.
Pilihan di tangan Anda!
PS: Sedap itu hanya
sekadar lidah dan kerongkong sahaja, kerana setakat itu sahaja nikmat dunia,
sedangkan perutlah yang bakal menerima akibat baik buruknya. Juga Allah suruh
manusia menggunakan anugerah akal agar berfikir selalu terutamanya tentang
kebesaran Allah ... Pernahkah anda terfikir kenapa ayam penelur bertelur
sepanjang tahun? Pernahkah anda terfikir Misha Omar yang berhajat menyusukan
anak angkatnya? Semua kejadian ini di zaman dulu tidak mungkin terjadi tetapi
telah boleh terjadi di zaman sekarang dengan penggunaan hormon sintetik
berasaskan kimia ciptaan manusia!! Kita khuatir akan kesan sampingannya ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.