Ahad, 15 Januari 2012

Akibat PFC di sekeliling rumah


Akibat PFC di sekeliling rumah

Kajian menunjukkan bahan kimia yang dijumpai dalam rumah berkaitan dengan menopaus awal. Wanita yang mempunyai tahap tertinggi bahan kimia dalam badan mereka akan melalui perubahan hormon lebih cepat berbanding wanita yang tahap bahan kimia rendah. Penyelidik melaporkan, bahan kimia jenis pemfluoridaan atau P F C boleh ditemui di setiap persegi rumah. Ia dihirup melalui debu atau wap, atau dimakan dalam makanan dan telah dikaitkan dengan barah tiroid, masalah sistem imun dan penyakit jantung. Selain itu, ia juga dipercayai mampu bertindak sebagai pengganggu hormon estrogen dalam badan wanita. Penyelidikan yang dilakukan terhadap 26,000 wanita di Amerika Syarikat mendapati, kebanyakan mereka yang melebihi umur 42 tahun didapati mempunyai tahap PFC tertinggi dalam badan dan mempunyai menopaus awal serta tahap konsentrasi hormon estrogen yang lebih rendah.

sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.