Stres sebabkan barah
Setiap
orang mengalami stres. Stres terjadi semasa anda memandu kereta ke tempat kerja
disebabkan beratur panjang membayar tiket tol. Diperhatikan tol membawa banyak
kemudaratan kepada insan dengan peningkatan kadar tekanan hidup. Apabila
kenderaan merangkak perlahan-lahan membayar tol, asap kenderaan mengandungi wap
merkuri, benzene, sulphur dioksida, Karbon monoksida, nitrous dioksida dan
berbagai gas beracun lain dihisap oleh penunggang motosikal serta jurutol. Sudah
sampai masanya tol dihapuskan demi memberi kemudahan kepada insan. Amat susah
sekali melihat bas penumpang atau keretapi elektrik bagi mengurangkan jumlah
kereta di jalan raya! Adakah demi mendapatkan keuntungan tol kita sanggup biarkan
udara kita tercemar? Stres disebabkan juga bergaduh dengan bos, rakan,
diberikan tugasan berlebihan dan juga bergaduh dengan pasangan atau anak yang
bermasaalah. Orang yang terlampau stres dikatakan mengalami burnout dan mungkin
memerlukan ubat penenang serta kaunseling bagi meredakan tekanan.
Stres
berlebihan boleh menyebabkan sistem imun badan jadi lemah. Sistem imun amat
diperlukan bagi memusnahkan sebarang sel-sel barah yang terbentuk dalam badan. Dengan
stres juga, endorphin susah dirembes oleh otak. Otak adalah suis besar dalam
badan manusia. Bila anda berputus-asa, merasa tidak seronok, tidak puas hati,
menyalahkan sesuatu, sudah tiada harapan lagi maka otak akan menutup suis yang
bertanggungjawab menguatkan sistem pertahanan badan. Justeru anda perlu bijak
menangani stres. Strategi yang digunakan
bagi mengurang stres termasuk mencari kawan bersembang, main boling, bersukan,
minum jus buah buahan segar dsbnya. Namun begitu, cara paling berkesan, mudah
dan praktikal mengurangkan stres adalah dengan mengingati Allah, bersembahyang
tahajud, solat hajat / solat sunat, membaca Al Quran dsbnya. Firman Allah, “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah
itu tenanglah segala hati”.
Tanda-tanda
stress adalah seperti selalu terlupa, kerap tertinggal barang penting, susah
tersenyum, selalu mengerut dahi, susah tidur atau kurang tidur, selalu terlibat
dengan kemalangan seperti terlanggar pintu almari, terlanggar pintu lif,
termasuk dalam lubang dsbnya. Selain itu, berdebar debar, darah gemuruh, mudah
marah, mata berair, rasa hangat kepala atau berat kepala. Ada juga yang rasa
menguit-nguit (muscle twitching) di
sekeliling kelopak mata atau bibir. Ada yang merasa hidup tidak bermakna dan
berputus asa. Ini semua adalah tanda tanda anda mengalami stres. Justeru,
jangan tunggu lama-lama tetapi segera minta bantuan doktor psikologi atau
dapatkan nasihat psikologis. Doktor anda boleh merujuk anda kepada mereka
dengan senang hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.