ARKIB : 14/06/2011
Sikap
positif bantu lawan kanser
Oleh
ZUHAYATI YAZID
Tanggal
2006 adalah tahun paling mencemaskan kepada saya kerana didiagnos sebagai
pesakit kanser. Tetapi saya bersyukur dan tidak panik walaupun penyakit itu
kritikal.
"Saya
yakin selagi mana saya ditakdirkan hidup, saya mantapkan fikiran yang positif
untuk menghadapi segala kemungkinan,'' ujar Datin Rahmah Mahmood ketika
berkongsi pengalaman mengenai kanser payu dara yang menyerang dirinya.
Cerita
adik kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas Perdana
Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini, selepas pemergian kakak tersayang, dia
disyorkan oleh doktor supaya menjalani ujian penentuan untuk memastikan bebas
dari virus kanser.
"Setelah
menjalani ujian saya disahkan sebagai pesakit kanser. Masa itu, hanya Tuhan
yang tahu perasaan saya selepas disahkan ada virus itu di tubuh saya.
"Tambahan
pula, saya sendiri menyaksikan keperitan melihat kakak Endon berhempas pulas
melawan penyakit yang cukup memeritkan itu,'' ujarnya tenang mengimbau
pengalaman dirinya disahkan menghidap kanser payu dara.
Katanya
lagi, mengingatkan keadaan bagaimana kakaknya melawan penyakit itu,
menjadikannya serik dan takut. Namun mengenangkan kenapa perlu mengalah dan
menyerah sahaja pada takdir membuatkan wanita cekal ini berubah hati untuk
bingkas bangun dan bertekad untuk melawan penyakit tersebut.
"Saat
itu juga saya mulakan misi untuk mencari rujukan dan maklumat. Malah ketika itu
buku dan Internet adalah kawan yang paling rapat selain sokongan anak-anak.
"Malah
hampir keseluruhan masa digunakan untuk mencari maklumat tentang penyakit
tersebut.
"Sebenarnya
bukan sesuatu yang senang untuk merawat kanser, saya perlu mengubah keseluruhan
gaya hidup saya,'' ujarnya yang disarankan supaya menjalani pembedahan membuang
ketumbuhan dan seterusnya menjalani proses kimoterapi.
Dalam
usaha bersungguh-sungguh melawan penyakit, dia bersyukur seorang teman
mengesyorkan dia bertemu dengan seorang doktor perubatan yang mempunyai klinik
terapi di Melbourne, Australia iaitu Dr. Vagif Soultanov.
Tutur
wanita cekal itu, kehadiran lelaki itu bagaikan penyelamat dalam hidupnya.
Ketika itu, hatinya kembali berbunga.
Malah,
kata-kata semangat daripada doktor terebut membuatkan dia seolah-olah menerima
motivasi dan bersemangat untuk terus berjuang melawan penyakit nombor satu yang
menyerang kaum Hawa itu.
Tambahnya
lagi, ketika itu dia dinasihatkan oleh Dr. Soultanov supaya terus mengikuti
prosedur menjalani pembedahan sebelum membuat rawatan herba .
"Mungkin
berkat kesabaran dan kesungguhan diri, akhirnya saya berjaya menjalani
pembedahan itu dan kemudian mencuba rawatan alternatif yang menggunakan bahan
semula jadi,'' katanya pada satu majlis memperkenalkan ubatan herba semula jadi
secara alternatif untuk rawatan pesakit kanser.
Rahmah
memberitahu, selepas menggunakan rawatan herba yang disyorkan oleh Dr.
Soultanov keadaan dirinya semakin berubah dan menjadi semakin sihat dan kuat.
Kini
selepas sekian lama menggunakan rawatan alternatif daripada Dr. Soultanof
dirinya disahkan bebas daripada virus kanser.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.