Penapis Jus
Jika
anda membeli Penapis Jus atau Penapis Teh, pastikan Penapis ini dibuat daripada
kapas (Cotton). Elakkan membeli penapis acrylic, nylon polyester dsbnya kerana Penapis
Jus jenis ini diperbuat daripada minyak petrol mentah (Crude oil). Ia adalah
bersifat plastik. Jika Penapis Jus dari bahan plastik, ia boleh membebaskan
partikel microplastik (The Star, 10 January 2012). Saiznya lebih kecil daripada
mata pin. Pencemaran terlampau kecil ini akan terbebas ke dalam air perahan jus
dan anda meminumnya. Sudah tentu anda mendapat pencemaran plastik! Pakaian dari
acrylic, nylon, polyester membebaskan mikroplastik ke dalam air. Air dialir ke
longkang – ke tali air – ke sungai. Di dalam sungai, mikroplastik dimakan oleh
plankton. Plankton dimakan ikan kecil. Ikan kecil dimakan ikan besar. Anda
memakan ikan besar dan anda terdedah kepada pencemaran plastik dari dalam badan
(The Star, 10 January 2012).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.