Ahad, 14 Oktober 2012

DIOXIN


Dioxin

Dioxin adalah sebatian stabil bersifat amat suka larut dalam lemak (Lipophilic). Kerana molekulnya stabil, dioxin bersifat kebal atau berupaya menahan uraian secara kimia atau uraian biologi dalam jangka panjang. Justeru, dioxin mampu ujud dalam tempoh masa yang lama dan ia bersifat sebagai kimia yang amat bertoksik!!! Kerana sifatnya amat senang larut dalam lemak, maka ia dapat ujud juga dalam lemak haiwan atau makanan yang berasal dari daging haiwan!!! Nama biasanya dirujuk sebagai kimia 2,3,7,8-tetrachlorodibenzo-p-dioxin atau TCDD (Bentuk dioxin yang lebih beracun). TCDD-toxic contaminant boleh didapati dalam agent Orange yang digunakan oleh Tentera Amerika dalam perang Vietnam di tahun 60an!!! Banyak kanak kanak Vietnam mengalami kecacatan dan sakit kulit akibat pendedahan kepada agent Orange!

Sebatian-sebatian lain Dioxin:-

 -Polychlorinated dibenzodioxins (PCDDs) - ada 7 congeners iaitu:-

          2,3,7,8-TCDD

          1,2,3,7,8-PeCDD

          1,2,3,4,7,8-HxCDD

          1,2,3,6,7,8-HxCDD

          1,2,3,7,8,9-HxCDD

          1,2,3,4,6,7,8-HpCDD

          OCDD

 

 -Polychlorinated dibenzofurans (PCDFs) - ada 10 congeners iaitu:-

          2,3,7,8-TCDF

          1,2,3,7,8-PeCDF

          2,3,4,7,8-PeCDF

          1,2,3,4,7,8-HxCDF

          1,2,3,6,7,8-HxCDF

          1,2,3,7,8,9-HxCDF

          2,3,4,6,7,8-HxCDF

          1,2,3,4,6,7,8-HpCDF

          1,2,3,4,7,8,9-HpCDF

          OCDF

 

 -Manakala Polychlorinated bipenyls (PCBs) - ada 12 congeners iaitu

          PCB 77

          PCB 81

          PCB 126

          PCB 169

          PCB 105

          PCB 114

          PCB 118

          PCB 123

          PCB 156

          PCB 157

          PCB 167

          PCB 189

Mereka masing masing mempunyai aktiviti menyerupai dioxin.

 

FAKTA MENGENAI DIOXIN

n  Dioxin bukanlah dicipta dengan sengaja. Dioxin sebenarnya adalah kontaminan kimia yang tidak punya nilai komersil. Dioxin sebenarnya adalah hasil sampingan proses industri yang tidak dikehendaki  bilamana klorin (chlorine) dipanaskan.

n  Dioxin sebenarnya terbentuk semasa proses pembakaran seperti insinerator sisa pepejal, kebakaran hutan dan pembakaran sampah terbuka di belakang rumah.

n  Dioxin juga terbentuk semasa proses pembuatan seperti racun herba & pembuatan kertas (cth. Dioxin boleh didapati dalam agent Orange yang digunakan oleh Tentera Amerika sebagai defoliant dalam perang Vietnam di tahun 60an)

n  Insinerator  pembakaran sampah dan insinerator pembakaran sisa hospital adalah 2 punca terbesar pencemaran dioxin dikenalpasti di Amerika (Malangnya di M'sia kita masih tak mahu ambil kisah). Dioxin yang terbebas ini didapati mampu bergerak dalam jarak jauh dalam atmosfera bumi. Buktinya, terdapat manusia di kawasan artik yang mempunyai aras dioxin yang tertinggi di sana walaupun punca pendedahan tidak dapat dikenalpasti dalam jarak ratusan batu dari rumah mereka.

n  Dioxin dalam air, udara, tanah dan atas permukaan daun tumbuh tumbuhan: - Dioxin susah terurai dalam persekitaran.  Justeru itu, lama kelamaan dioxin berkumpul dalam rumput. Binatang yang meragut rumput akan mengumpulkan dioxin di dalam badan mereka secara beransur-ansur (bio accumulative).

n  Menurut ahli kimia Greenpeace Pat Costner,  punca utama kepada pencemaran dioxin ke dalam persekitaran adalah kilang yang membuat plastik, PVC (polyvinylchoride).

n  Menurut EPA, lebih 96% pendedahan manusia berlaku melalui pengumpulan dioxin melalui pemakanan, terutamanya makanan dari daging haiwan / daging merah.

 

Pendedahan dioxin jangka pendek menyebabkan

§  Sakit kulit

§  Melemahkan fungsi / tugas hati dan ginjal.

 

Pendedahan dioxin jangka panjang melemahkan:

§  Sistem imun / sistem kekebalan tubuh terhadap kuman.

§  Sistem saraf.

§  Sistem endocrine.

§  Sistem pembiakan.

 

Pendedahan berterusan dioxin → barah

§  Dioxin memasuki sel dan melekatkan molekulnya kepada protein terdapat dalam sel dipanggil Ah receptor.

§  Receptor yg melekat kepada dioxin kemudiannya boleh bergabung kepada DNA dan mengubah ekpresi genes tertentu. Menuju pengubahan aras  protein tertentu & enzymes dalam sel.

 

Bagaimana menghindari  Dioxin?

§  Jangan makan daging merah.

§  Hindari makan dalam pinggan polistiren, ketupat plastik, pinggan melamin.

§  Hindari bungkus makanan guna plastik terutamanya jika makanan anda panas. Gunakan daun pisang atau daun lebar untuk bungkus makanan.

§  Hadkan pengambilan ikan laut, hindari ikan air tawar terutama jika ia mengandungi air effluen dari industri plastik dan industri elektronik, air detergent dari kawasan perumahan, kedai dobi, car wash dsbnya.

§  Makanan berasaskan sayur sayuran seperti tofu, kacang dan nasi selalunya tidak tercemar.

§  Guna hanya minyak kelapa dara untuk menggoreng makanan.

n  Hindari semua bahan kimia organic yg ada "chloro" sebagai nama formula kimia mereka (cth: pentachlorophenol)

n  Hindari semua peluntur klorin (chlorine bleach  = sodium hypochloride)

n  Hindari dari guna racun rumpai @ racun serangga yang ada chlorine (2,4-D).

n  Hindari dari guna racun “permethrin flea sprays” untuk binatang kesayangan anda.

n  Hindari barangan & permainan yg dibuat sedari @ dipek dalam PVC-Labeled V atau #3plastic (eg. Manik bayi diisi dengan manik PVC)

n  Hindari buah dan sayuran yg ada chlorophenol pesticide. Guna buah dan sayuran organik bercap SALM.

n  Hindari buah anggur dan kismis melainkan ia  dilabel organik (grown without pesticides)

n  Hindari produk yg ada minyak cotton seed - Dikhuatiri cotton seed disembur racun serangga mengandungi chlorophenol.

n  Hindari guna sabun wangi atau semburan deodorant yg mengandungi  triclosan @ chlorophenol.

 

CARA MENGURANGKAN ANCAMAN DIOXIN

1.   Berhenti dari membakar sampah di belakang rumah.

2.   Berhenti dari membuat PVC dan lain lain kimia yg ada mengandungi klorin.

3.   Guna incinerator berteknoloji tinggi yang tidak membebaskan dioxin semasa pembakaran sampah.

4.   Kitar semula bekas plastik. Bekas plastik diperbuat dari minyak mentah yang mengandungi klorin.

5.   Berhenti dari menggunakan vinyl sebaliknya guna bahan ganti yang lebih selamat.

6.   Guna produk Totally Chlorine Free (TCF).

7.   Berhenti dari menggunakan beg plastik di pasaraya. Gunakan beg organik seperti beg jut atau beg kulit pokok terap.

8.   Berhenti dari membuang plastik dari kenderaan.

9.   Berhenti dari membuang sampah ke dalam sungai.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.