Petua cergas wanita
paling tua
Ini
adalah cerita petikan dari Berita Harian bertarikh 9 Oktober 2012. Ia mengisahkan cara hidup susah seorang wanita
miskin di Kelantan. Wanita ini Puan Bidah Mamat, telah dikurniakan Allah umur
yang panjang iaitu 110 tahun. Akibat kesempitan hidup, wanita ini mengamalkan
makan ulam di samping menggaulkan nasi bersama pisang lalu dijadikan hidangan
harian.
Iktibar
yang boleh kita ambil sempena dari cerita ini adalah seperti mengesahkan kunci utama
kepada kesihatan berpunca dari :
1.
Makan sedikit atau
selalu amalkan berpuasa sunat.
2.
Menjauhi mengambil
daging merah.
3.
Memakan ulam ulaman kampung
yang bebas racun.
4.
Menghindari memakan
makanan berpengawet, berpewangi, berpewarna, beremulsi, anticaking dan
berperisa tiruan.
5.
Meminum air dari punca
yang bersih serta bebas pencemaran kimia, racun, serbuk cuci sintetik, logam
berat dsbnya.
6.
Menghirup udara segar
setiap hari. Menjauhkan rokok dan asap asap lain.
7.
Selalu bersenam /
menggunakan tulang empat kerat. Sentiasa aktif bekerja, beriadah dsbnya sebagai
petani pesawah penoreh dsbnya.
8.
Mengelak dari mengamal
cara bekerja sentiasa duduk dalam suasana berhawa dingin sepanjang hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.