Khasiat Lidah Buaya ( Aloe Vera )
Kali
ini saya dengan sukacita ingin membentangkan sedikit maklumat tentang kebaikan
dan potensi pengubatan yang terdapat dalam Aloe Vera atau disebut pokok Lidah
Buaya. Saya akui bahawa saya adalah pendokong pengubatan secara semulajadi,
malah saya sendiri menanam dan memakan tumbuhan ini.
Halaman
rumah dipenuhi dengan tumbuhan aloe vera. Aloe vera adalah antara jenis herba
semulajadi yang paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan kepada manusia.
Pengamal nutrien, Mike Adams dalam kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba
yang terbaik dalam beribu-ribu herba yang ditemuinya, manakala Garlic (bawang
putih) menduduki tempat kedua. Memang tiada tumbuhan lain yang boleh memberi
sebegitu banyak faedah perubatan seperti aloe vera. Lihatlah apa faedah yang
boleh didapati dari sebatang pokok aloe vera;
1. menghentikan pertumbuhan tumor
2.
merendahkan kadar kolesterol
3.
memperbaiki sel darah
4.
menambah oksigen di dalam darah
5.
menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6.
memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7.
menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
8.
mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan
hanya
simtom
9.
menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10.
mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
11.
merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
12.
menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage
kerana ia bersifat anti-bakteria
13. menghentikan kanser kolon
14.
sebagai pelincir salur perkumuhan
15.
menghilangkan buasir
16.
meneutralkan gula di dalam darah
17.
memelihara buah pinggang dari penyakit
18.
menghalang jangkitan
19.
memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
20.
memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
21.
menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
...dan
banyak lagi!!!
Tiada
tumbuhan yang dapat menandingi potensi pengubatan yang terdapat di dalam aloe
vera. Tetapi kebanyakan orang masih tidak menyedarinya, atau berfikir ia hanya
sekadar untuk memelihara kulit dari kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya
dijadikan pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal, aloe vera sangat
berfaedah untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.
Pembentukan Jeli Aloe Vera
Pokok
aloe vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di
dalam "tangki" yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras
dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli
inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila
daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli
ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka
bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara
kulit manusia apabila terluka.
Sehingga
kini, hanya satu cara yang terbaik untuk mendapatkan faedah dari jeli aloe vera
ini - iaitu menanamnya sendiri. Sudah bertahun saya lakukannya. Apabila ingin
mendapatkan, saya akan pergi ke halaman rumah, potong seulas daunnya, siat
kulit dan ambil jelinya. Kemudian jeli tersebut dimasukkan ke dalam pengisar,
lalu campurkan di dalam air minuman atau air bertapis. Anda akan mendapat
faedah yang optimum dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred yang lebih
tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh kepekatan. Cecair aloe vera yang
terdapat di pasaran (biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian
dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti
jeli. Sesetengah pula langsung tidak mengandungi jus aloe vera sedikitpun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya.
jeli. Sesetengah pula langsung tidak mengandungi jus aloe vera sedikitpun. Malah ia dijual dengan harga yang sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien berfaedah di dalamnya.
Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah Buaya
Kenyataan
di sini adalah kenyataan ikhlas secara peribadi dari saya tentang faedah
kesihatan dari jeli aloe vera. Menariknya, jika saya seorang pengusaha atau
penjual produk aloe vera, saya tidak berani membuat kenyataan ikhlas ini kerana
Kementerian Kesihatan sudah tentu akan membekukan atau merampas produk saya dan
mendakwa saya menjual "dadah yang tidak diluluskan". Atau mereka
menuduh saya menjual herba yang "merbahaya"!!!
Tapi sebenarnya saya tidak terlibat dalam
perniagaan produk aloe vera. Saya hanya berkempen untuk menyedarkan masyarakat
tentang kebaikan produk-produk semulajadi, memberi saranan supaya mencari
kaedah perubatan semulajadi, dan saya tidak akan merahsiakan kebenaran tentang
faedah penyembuhan yang terdapat dari pohon lidah buaya ini.
Humbankan
Peti Pertolongan Cemas Di Dapur Anda (First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera
kerana Aloe Vera adalah anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat. Ia boleh
menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa meninggalkan parut. Ia jelas terbukti
apabila saya pernah terluka di tangan selepas terjatuh, kemudian saya hanya
usapkan bahagian yang luka dengan jeli aloe vera, 3 bulan kemudian tiada lagi
parut pada luka tersebut. Bahagian yang luka itu akan tertutup kembali mengikut
warna kulit badan kita, jika kulit anda cerah atau gelap, ia akan menuruti warna
kulit anda. Sukar untuk saya mengesan di manakah zon luka saya dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia
dan ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh industri-industri bernilai
berbilion dolar dengan pelbagai jenama yang popular sebenarnya tidak
diperlukan jika anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini.
Ia
juga boleh digunakan sebagai bahan
pengawet makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran makanan. Anda tidak perlukan pengawet dari kimia
merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi mengapa masih ramai
tidak yakin atau kurang menggunakan aloe vera? Sebabnya mudah. Ia tidak berjenama
dan tidak dapat dipatentkan. Ia boleh didapati dengan mudah dan murah apabila
kita sendiri menanamnya.
Pengusaha-pengusaha besar tentu tidak dapat
menggunakan 100% bahan asli dari aloe vera sebaliknya mencampurkan dengan
formula-formula kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk aloe vera
mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari aloe vera jenama lain.
Anda
tidak perlu lagi mendapatkan produk aloe vera yang dibotolkan yang dijual
dengan harga berpuluh-puluh ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang lebih
asli dan pekat dengan menanamnya sendiri di belakang rumah anda.
Aloe vera yang dijual begitu mahal sebenarnya adalah strategi pemasaran dan
psikologi pengguna, kerana pengguna hari ini sudah sinonim berfikiran, "barang yang
mahal tentu nilainya lebih baik, dan yang murah tentu tidak berkualiti atau
tiruan".
Jika mereka menjual sebotol aloe vera dengan harga RM3 sebotol, tentu ramai yang tidak yakin malah tidak percaya botol tersebut mengandungi lidah buaya! Mereka menganggap, jika ia ubat yang berkualiti, harganya tentu lebih mahal. Itulah kesilapan kita para pengguna hari ini. Pengguna sendiri yang menggalakkan pengusaha menaikkan harga.
Sebenarnya aloe vera boleh ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri.
Jika mereka menjual sebotol aloe vera dengan harga RM3 sebotol, tentu ramai yang tidak yakin malah tidak percaya botol tersebut mengandungi lidah buaya! Mereka menganggap, jika ia ubat yang berkualiti, harganya tentu lebih mahal. Itulah kesilapan kita para pengguna hari ini. Pengguna sendiri yang menggalakkan pengusaha menaikkan harga.
Sebenarnya aloe vera boleh ditanam sendiri dan khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran. Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih suka membeli dari menanam sendiri.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Lidah Buaya:
1.
Air
2.
20 mineral
3.
12 vitamin
4.
18 asid amino
5.
200 phytonutrien
6.
enzim
7.
triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8.
glyconutrien & glycoprotein
9.
polisakaraid
10.
acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11.
fenolik glikosid
12.
dihidrokomarin
Resepi:
1. sekeping jeli segar aloe vera
1. sekeping jeli segar aloe vera
2. 1
sudu teh gula tebu organik atau madu lebah
3. 1
mug air bertapis
~ Masukkan jeli, gula organik atau madu lebah dan sedikit air bertapis ke dalam mesin pengisar.
~
Kisarkan sehingga menjadi halus. Kemudian tuangkan ke dalam mug berisi air
minuman bertapis.
Minum
airnya. Lakukan 2-3 kali seminggu. Anda akan mendapat sistem pertahanan tubuh
yang kuat.
*Airnya
juga boleh disapukan pada muka sebelum tidur untuk mendapat kulit yang licin,
halus dan berseri.
Ruj: http://xmetafora.blogspot.com/2012/03/khasiat-lidah-buaya-herba-terbaik.html
Lidah
buaya mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan. Komponennya
adalah dalam bentuk gel di mana sebahagian besarnya terdiri daripada air iaitu
sebanyak 99.5%, pepejal terlarut 0.49%, lemak 0.067%, karbohidrat 0.043%, protein
0.038% dan vitamin 0.49%. Vitamin yang paling banyak terkandung dalam lidah
buaya ialah vitamin C iaitu sebanyak 3,476 mg.
Berikut adalah beberapa khasiat
yang terdapat pada lidah buaya:
1. Mengurangkan gula dalam darah.
Salah satu komponen yang terdapat
dalam lidah buaya ialah aloe emodin iaitu sejenis senyawa organik
daripada golongan antrakuinon yang berfungsi untuk membantu
proses penyerapan insulin, substrat 1 dan fosfatidil
inositol-3 kinase serta meningkatkan kelajuan sintesis glikogen yang
sangat berguna untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah. Menurut perubatan
tradisional India, lidah buaya juga dapat mengurangkan kandungan gula dalam
darah penghidap diabetes.
2. Ubat antiseptik dan ubat luka
akibat terbakar
Daun lidah buaya mengandungi tanin
dan polifenol di mana tanin dapat digunakan sebagai pencegahan
terhadap jangkitan luka kerana sifatnya yang bertindak sebagai antiseptik dan
ubat luka akibat terbakar. Manakala akar daun lidah buaya pula mengandungi saponin
dan flavonoid. Saponin mempunyai kemampuan sebagai agen pembersih
yang sangat berkesan untuk menyembuhkan luka. Flavonoid dan polifenol
pula dapat berfungsi sebagai antiseptik.
3. Ubat julap/sembelit
Gel yang terkandung dalam lidah
buaya sangat kaya dengan air dan mineral serta pelbagai sebatian aktif yang
baik untuk kesihatan. Molekul yang terdapat pada lapisan luar daun lidah buaya
boleh bertindak sebagai julap yang sangat berkesan bagi mereka yang menghadapi
masalah sembelit. Hal ini telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) melalui beberapa penyelidikan yang dijalankan.
4. Regenerasi kulit
Lidah buaya mempunyai kuasa
sebagai agen anti-penuaan kerana Flavonoid, vitamin C dan beta-carotene
yang terdapat dalam lidah buaya sangat kaya dengan antioksidan. Melalui
sebuah penyelidikan, didapati bahawa lidah buaya dapat membantu regenerasi sel
kulit. Selain itu, ia juga dapat berfungsi untuk memudarkan kesan luka dan
garis-garis kehamilan atau stretch mark, merawat luka kecil serta
memudarkan bintik-bintik hitam pada kulit.
5. Membantu proses pencernaan
Kajian menunjukkan bahawa gel
lidah buaya mampu mengusir dan memusnahkan racun dan bahan-bahan asing yang
sering melekat pada usus. Racun dan benda asing tersebut sangat berbahaya
kerana ia akan mengumpul bahan-bahan buangan dalam badan sehingga dapat
menyekat saluran usus yang akhirnya akan mengurangkan kemampuan tubuh badan
untuk menyerap nutrisi. Lidah buaya sangat baik untuk menyingkirkan bahan-bahan
buangan tersebut daripada tubuh badan. Hal ini akan membantu anda terhindar
daripada masalah gangguan pencernaan disamping dapat membersih dan meningkatkan
peredaran darah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.