kimia makanan penyebab ketagihan
Bayangkan,
beberapa hari yang lepas anda sedang menikmati satu hidangan yang enak di
sebuah restoran. Sejak dari hari itu, teringin pula untuk menikmati menu yang
sama setiap hari. Entah kenapa, seakan ada sesuatu yang membuat tiba-tiba
ketagihan tersebut. Kenapa ya agaknya? Menderam ke?? Hehe. Sebenarnya tanpa
kita disedari, bahan-bahan yang kita makan sebenarnya mengandungi unsur/elemen
yang boleh menyebabkan ketagihan (bukan macam penagih dadah). Kebanyakannya
adalah makanan kegemaran kita itu mengandungi bahan perisa tambahan yang
membuat kita ketagihan. Tentu sahaja hal ini berbahaya kerana boleh membuatkan
nafsu makan kita tidak terkawal macam biasa, seterusnya tidak dapat mengawal
kenaikan berat badan. Ikuti beberapa jenis bahan-bahan yang sering ditambahkan
ke dalam makanan kita yang boleh membuatkan kita ketagihan makanan tersebut.
Ada
empat:
- Sodium Nitrit.
Bahan kimia ini
berfungsi untuk mengawet, member warna dan memberi rasa pada makanan olahan
terutamanya daging dan ikan salai. Ia bukan hanya boleh membuatkan seseorang
itu ketagihan tetapi juga boleh meningkatkan risiko kanser. Jadi,
sebaik-baiknya kurangi pengambilan daging olahan. (daging yang diproses,
dicampur dengan bla,bla)
- BHA dan BHT
Butylated
hydroxyanisole (BHA) dan Butylated hydroxyanise (BHA) dan Butylated
hydrozyttoluene (BHT) adalah antisidan untuk mencegah makanan yang diletakkan
di dalam kemasan daripada berbau tengik dan berminyak. Bahan kimia ini sering
didapati pad makanan seperti bijirin , gula-gula getah, kerepek, kentang, dan
minyak sayur.
- Propyl Gallate
Propyl Gallate
juga merupakan diantara bahan pengawet yang dimasukkan didalam makanan yang
dibungkus didalam kemasan. Fungsinya sama seperti BHA dan BHT, dan ia sering
digunakan bersama-sama. Bahan-bahan ini banyak pada produk seperti daging
olahan, gula-gula getah dan sebagainya.
- Monosodium Glutamate.
Monosodium
Glutamate (MSG) ini begitu sinonim sekali dalam masakan. Sering digunakan
sebagai penyedap masakan, MSG mengandungi zat tambahan yang boleh membuatkan
kita ketagihan terhadap makanan yang ditambahkan perisa ini. Pada sesetengah
orang pula, ( ini terpulang kepada individu, tak semua) ia boleh menimbulkan
gejala alahan seperti sakit kepala dan mual. Untuk itu, kurangkanlah penggunaan
MSG dalam masakan anda. Anda boleh gunakan bahan-bahan segar didalam hidangan
makanan yang lazat tanpa menggunakan MSG nie.
Bahan
pengawet ganggu fungsi jantung.
Garam dan bahan
kimia pengawet yang digunakan didalam daging olahan boleh meningkatkan risiko
penyakit jantung sehingga 50 peratus dan juga mengalakkan perkembangan
diabetis. Pengkaji, dari Amerika Syarikat mengatakan, garam dan bahan kimia
pengawet didalam daging olahan akan menganggu kesihatan jika produk tersebut
diambil banyak. Didalam kajian yang dilakukan oleh para pengkaji di Amerika
Syarikat mendapati, daging merah yang segar tidak tidak meningkatkan risiko
penyakit.
Didalam kajian
yang lain pula, pengkaji dari hardvard School of Public Health menganalisis
kebiasaan mengambil daging. Hasilnya, bukan daging yang tidak sihat tetapi
kandungan garam dan bahan kimia pengawet digunakan didalamnya boleh
meningkatkan tekanan darah dan seterusnya mendorong meningkatkan risiko
gangguan sakit jantung. Oleh yang demikian, marilah kita menjaga kesihatan kita
lah ya. Sihat sebelum sakit.
http://zikrihusaini.com/4-bahan-kimia-dalam-makanan-penyebab-ketagihan/
Diolah dari sumber
dari Khairun Nisa Ishak, Karangkraf editor. (mingguan wanita)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.