Lagi Kisah Wang Besar Buat Manusia Lupa
Kini ada pula berita ini yang
mengemparkan ramai orang. Mengenai penarikan gelaran doktor yang dipegang oleh
jutawan DRR. Dipetik melalui laman blog berkenaan, DRR telah menggunakan
gelaran doktor itu untuk membuat karyawan yakni perniagaannya yang rata-rata
ramai orang kata ditipu. Isu penarikbalikan lesen
pengamal perubatan berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun kerana melanggar
etika [dalam bidang perubatan] dan alasannya telah dinyatakan dalam surat yang
dilampirkan oleh blog berkenaan. Korang baca sendiri kenyataan Malaysian
Medical Council pasal penipuan Doktor nih.. Dan kalau korang nak tau lebih
lanjut, sila baca blog KAT SINI...
Nota:
Dalam Islam, kita dianjur berfikir. Allah menyuruh kita
berfikir, Rasullullah menyuruh kita menimba ilmu sebanyak mungkin. Seruan ini
disambut oleh sarjana muslim zaman silam tanpa berbelah bagi. Allah menurunkan
ilmunya kepada sarjana muslim zaman silam yang ikhlas mencari ilmu Allah tanpa
jemu sehingga menyebabkan Islam mencapai zaman gilang gemilangnya serta menjadi
rujukan pula kepada ilmuwan Barat sehingga ke hari ini.
Allah juga berulang kali mengingatkan kita bahawasanya
kehidupan akhirat adalah lebih baik, kekal abadi dan tidak putus putusnya. Oleh
itu, janganlah kita terpedaya dengan kehidupan di dunia, asyik mengejar wang
besar, mengumpul harta sambil membelek beleknya tanpa jemu dengan tidak mengira
halal haramnya atau menggunakan penipuan!
Untuk membuat ubat kurus, mana-mana doktor MBBS, MBBCh,
MD mampu merekacipta ubatnya daripada
pengetahuan ubat ubatan yang telah mereka pelajari. Tidak perlu ijazah
kepakaran O&G dan sebarang kepakaran lain yang lebih canggih untuk mereka memberi
anda ubat kurus badan. Demikian juga seorang pegawai farmasi boleh mereka cipta
ubat ini dengan mudah! Jadi, bahan apakah sebenarnya yang diletak dalam formula
jusmemate, jusmamat atau sebarang jus lain yg bakal berdentum tiba di pasaran?
Sekiranya bahannya berasal dari sumber tumbuhan herba asli dan terbukti tidak
memudaratkan... Alhamdullillah! Tetapi sekiranya ia berasal dari ubat ubat
moden, awaslah kerana ubat ubat perubatan moden dibuat berasaskan bahan kimia
yang masing masingnya mempunyai kesan sampingan atau kesan buruk kepada
kesihatan!
Ubat ubat yang digunakan untuk kuruskan badan biasanya adalah
Orlistat (Xenical). Untuk memberikan kesan kurus dengan cepat, Orlistat
(Xenical) boleh pula digabungkan dengan ubat lain seperti ubat penahan cirit bagi
tidak mengaktifkan usus seperti Loperamide !
Loperamide, Diphenoxylate dan Codeine menyebabkan usus
tidak aktif dan mampu menyimpan najis lebih lama dalam usus! Lebih lama najis
dalam usus, maka lebih lama dinding usus bersentuh dengan bahan toksik dalam
najis!! Sekiranya usus tidak aktif, ini bermakna anda tidak rasa lapar! Lebih
lama dinding usus bersentuh dengan bahan toksik dalam najis tidak bagus kerana
menyebabkan dinding usus mengalami radang berterusan. Radang berterusan jangka
panjang boleh menyebabkan sel kanser terbentuk!
Untuk menyebabkan anda rasa kenyang pula,
konjac fruit boleh digunakan.
Hormon juga boleh digunakan untuk menguruskan
badan. Contohnya:
§ Hormon
Glucagon
§ Hormon
Thyroxine
§ Hormon
Androgens
§ Hormon
Tumbesaran (Growth hormone)
Hormon Cortisol.
Hormon Cortisol.
Ubat kencing manis juga boleh digunakan untuk
meguruskan badan. contohnya:
§ Metformin
Justeru, isunya jika hormon atau ubat ubat
kimia digunakan dalam jusmamat, sudah tentu perlu pemantauan berterusan (subsequent)
dari doktor yg memberi kerna masing masingnya ubat dan hormon mempunyai kesan
kesan sampingan atau kesan kesan tidak diingini!!!
Setiap ubat ada kesan sampingannya. Justeru
follow up adalah perlu! Andai jusmemate, jusmamat atau sebarang jus lain
ini ada ubatan kimia, maka wajib ia dipreskripsi oleh Doktor bertauliah atau
pegawai farmasi bertauliah. Setiap kesan sampingan wajib diberitahu kepada
pesakit. Sekiranya ia dijadikan syarikat jualan langsung, adakah penjual yg
dilantik itu bertauliah untuk terangkan kesan sampingan jangka pendek / jangka
panjang ubat di dalam formula jusmemate, jusmamat atau sebarang jus lain ini? Sekiranya ia dijual oleh salesman laymen di Indonesia atau Brunei, adakah salesman ini bertauliah untuk menilai kesan sampingan Orlistat, hormon dan segala macam ubat yang telah diterangkan di atas? Di mana letak etika kedoktoran si penjualnya.
Kenapa berlagak alim kepada pelanggan kononnya rajin solat tahajjud dsbnya? Bukankah rajin beribadat kena dengan hati yg ikhlas dan jangan sesekali dipertonton kepada umum untuk mengelakkan daripada ria sesama manusia? Atau sengaja berlagak alim untuk dipertonton kepada manusia lain untuk melariskan produk?
Kenapa berlagak alim kepada pelanggan kononnya rajin solat tahajjud dsbnya? Bukankah rajin beribadat kena dengan hati yg ikhlas dan jangan sesekali dipertonton kepada umum untuk mengelakkan daripada ria sesama manusia? Atau sengaja berlagak alim untuk dipertonton kepada manusia lain untuk melariskan produk?
Tetapi, andai kandungan di dalamnya berasal dari produk herba
asli yang tiada kesan sampingan, dan terbukti bagus, maka syabas diucapkan atas
kejayaan mengusahakan herba pengurus badan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.