Jumaat, 1 Mac 2013

Khasiat daun duri tujuh @ jarum tujuh bilah @ cak sim sam


Khasiat daun duri tujuh / jarum tujuh bilah


 

JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.

Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.

Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.

Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.

Kegunaan:

Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.

Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.

Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya boleh didapati di http://www.moste.gov.my

Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.

Cara menanam:

 Mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk.

 Boleh membiak melalui biji benih.

 Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi.

 Daunnya rangup dan sedikit berlendir serta boleh dijadikan ulam atau salad.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.