Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
PENGGUNAAN toksin reptilia seperti ular, biawak Gila Monster, kala jengking, sengat tebuan dan labah-labah sudah lama diamalkan dalam perubatan alternatif homeopati.
Bagaimanapun,
bisa haiwan semakin diterima dalam perubatan moden khususnya untuk dijadikan
penawar penyakit kronik.
Pengarah
Taman Reptilia Australia, John Weigel memberitahu, penghasilan bisa antivenin
diperlukan bagi kes individu dipatuk ular.
“Sekurang-kurangnya
50 hingga 600 ular berbisa digunakan setiap dua minggu sekali di Australia bagi
proses pengekstrakan bisa.
“Bisa
itu bagi menyelamatkan kira-kira 300 nyawa mangsa patukan ular berbisa setiap
tahun,” katanya.
Weigel
berkata, ramai pengkaji perubatan cuba mendapatkan ular jenis Brazil di
Australia kerana keupayaannya menghasilkan penawar tekanan darah tinggi serta
gangguan kardiovaskular lain.
Siput penawar
Lebih
kurang 560 daripada hampir 3,000 spesies ular di dunia adalah berbisa manakala
10 daripada sejumlah ular paling berbisa boleh ditemui di Australia.
Bukan
sekadar bisa ular yang mampu menjadi penawar penyakit kronik. Biawak, haiwan
yang dianggap menggeli dan menjijikkan hakikatnya berupaya melaraskan kandungan
glukosa dalam darah manusia.
Kandungan
air liur biawak Gila Monster atau nama saintifiknya, Heloderma suspectum boleh
menurunkan paras gula pesakit diabetes jenis kedua.
Ubatan
yang diperoleh daripada air liur biawak itu dikenali sebagai Byetta. Ia
berkesan merangsang perembesan insulin sebagai tindak balas terhadap kandungan
glukosa yang tinggi dalam darah.
Selain
itu, apabila hormon glukagon yang membantu meningkatkan kandungan glukosa dalam
darah disekat, ia berfungsi mengurangkan berat badan seseorang.
“Apabila
orang mendengar Byetta boleh menurunkan berat badan, ia serta-merta menjadi
laris,” kata pakar farmasi dan diabetes Australia, Sandra Leal.
Dalam
pada itu, siput mudah didapati di sungai dan lautan serta enak dimakan. Namun,
lain pula halnya dengan siput kon.
Ini
kerana siput itu mampu melemahkan mangsanya seperti ikan, cacing dan moluska
dengan menjelirkan lidah yang berbentuk jarum sebelum menyuntik sejumlah toksin
ke dalam badan mangsa. Para saintis berpendapat, individu yang disengat siput
kon berisiko 90 peratus untuk mati.
Namun,
saintis telah berjaya mengubah toksin spesies siput itu menjadi ubat untuk
merawat pelbagai gangguan sistem saraf seperti Parkinson dan Alzheimer, serta
mengawal kemurungan, ketagihan nikotin dan skizofrenia. Terdapat lebih 500
spesies siput kon yang lazim ditemui di kawasan terumbu karang.
Seorang saintis daripada Universiti
Washington, Amerika Syarikat (AS), Miqin Zhang pula membuat penyelidikan
mengenai bisa kala jengking jenis Deathstalker yang berpotensi mengubat kanser
otak. Katanya, kandungan klorotoksin dalam bisa haiwan itu mampu mengubat
kanser otak dengan konsep terapi gen.
“Klorotoksin menghapuskan gen pencetus tumor
penyebab kanser otak,” ujar Zhang. Tidak terhenti begitu sahaja, sengat lebah
tarantula, kala jengking dan ular tedung didakwa berkesan mengubat pelbagai penyakit
kronik. Pakar perubatan dari Amerika Syarikat (AS), Samuel A. Wickline menemui
protein pada sengat lebah iaitu melittin untuk merawat kanser. Katanya,
melittin berperanan membunuh sel penyebab kanser tanpa mengganggu fungsi ubat
sintetik.
Sintetik
“Kebanyakan
saintis fokus terhadap metod ini sebagai terapi antikanser,” beritahu beliau. Pakar
biologi dari negara sama, Frederick Sachs berpendapat, bisa tarantula boleh
mengurangkan distrofi otot iaitu penyakit pengecutan organ atau otot manusia
yang disebabkan tabiat pemakanan yang tidak betul.
Bisa
ular tedung juga berperanan untuk mengubat penyakit artritis seperti yang
diamalkan dalam perubatan Ayurveda di India. Di India juga lebih 10,000
kematian berlaku akibat patukan ular setiap tahun. Pengarah Pusat Racun Negara,
Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis berkata, bisa haiwan
mempunyai kelebihan dalam melawan penyakit kronik. “Sama seperti
tumbuh-tumbuhan, buah-buahan serta herba, semuanya ada khasiat dari sudut
saintifik.
“Namun,
penyelidikan lebih mendalam perlu dilakukan supaya ia terbukti berkesan selain
boleh dikomersialkan,” katanya kepada Jurnal. Ujarnya lagi, penggunaan bisa
haiwan dapat mengurangkan pergantungan kepada ubat sintetik yang lebih mahal. “Hasilnya
pengguna dapat memperoleh ubat-ubatan pada harga yang lebih murah. Lagipun
haiwan tersebut senang dijumpai di negara ini,” jelas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.