Ahad, 7 April 2013

Ketahui hak Anda Sebagai Pesakit


 

Insan bernama doktor atau doktor pakar adalah manusia biasa seperti anda juga. Mereka makan, tidur, berak, kentut dan berkehendak seperti anda juga. Mereka pun sakit dan mati juga akhirnya. Oleh itu, jangan sesekali anda meletakkan doktor sebagai insan istimewa yang sebarang keputusan mereka muktamad atau tidak boleh dipertikaikan.

Malang sekali ada insan yang sangat memandang tinggi kepada doktor dan ada juga doktor yang beranggapan bahawa diri mereka tuhan di mana nyawa pesakit kononnya ditentukan oleh tangan mereka sendiri !!! Justeru mereka berjalan dengan sombong di atas muka bumi yang Allah ciptakan untuk mereka ...

Jangan sesekali begitu. Nyawa seseorang ditentukan oleh Allah !!! Untung nasib ditentukan oleh Allah !!! Kedapatan dan kesembuhan dari penyakit juga ditentukan oleh Allah !!! Allah Maha menentukan segala urusan !!! Justeru itu, anda ada hak sebagai pesakit bagi mendapatkan pendapat doktor pakar kedua, doktor pakar ketiga dan sebagainya !!!

Doktor adalah manusia biasa di mana mereka juga sering melakukan kesilapan. Lebih buruk jika kesilapan diagnosa berlaku di mana barah low grade diterjemahkan sebagai barah high grade atau bengkak non malignant disalah tafsir sebagai malignant dan menyebabkan anda menderita akibat pembedahan terlampau extreme dan radikal yang boleh menyebabkan anda menjadi cacat kekal.  Sebagai contoh, lebih 10 tahun lepas (umpamanya  tahun 2001 ke bawah), rawatan bagi barah tulang osteosarcoma adalah potong tulang yang berbarah itu. Akibatnya, mungkin kaki atau tangan yang dipotong. Hari ini, tidak lagi diamalkan sebegitu di mana kaki atau tangan terlibat kena barah boleh diselamatkan dengan membuang tulang yang kena barah dan digantikan dengan prostesis besi!!! Mereka (doktor pakar tulang) mengatakan ini sebagai kemajuan sains perubatan! Tidak sedikit pun mereka merasa kesal memotong kaki atau tangan untuk rawatan osteosarcoma untuk pesakit lebih 10 tahun lepas.... Jauh sekali mereka meminta maaf apatah lagi memberi pampasan kepada pesakit atau keluarga pesakit! Pesakit mungkin sudah tiada lagi yang survive hingga kini akibat kesan kimoterapi dan radioterapi yang meracun badan.

Justeru anda mesti bijak mencari doktor pakar yang benar benar ikhlas merawat anda!!! Tinggalkan doktor pakar yang sombong dan bersikap acuh tak acuh merawat anda atau bercakap kasar dengan anda atau tidak menghargai anda !!! Anda boleh saja membuat aduan akan sikap doktor yang sombong atau berkasar di dalam ruangan aduan Biro Pengaduan Awam. Cari saja doktor pakar yang lain yang lebih mesra dan lebih memahami serta sedia membantu anda dengan ikhlas. Insan2 doktor pakar sebegini mudah saja anda mendapatkan mereka asal saja anda pandai mencari mereka di kalangan doktor doktor pakar yang beriman, mengenal tuhannya dan bukan doktor doktor pakar yang hanya mengejar dunia semata mata !!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.