Isnin, 8 April 2013

KHASIAT SAYUR-SAYURAN & TUMBUH-TUMBUHAN



KHASIAT BUAH MENTIMUN

Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci. Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimun yang sudah diparut. Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.


KACANG BENDI TETAP SEGAR

Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi, jangan merebus terlalu lama.


MEMILIH SAYUR-SAYURAN

1.Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

2.Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil

3.Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

4.Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

5.Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.

6.Bendi : Pastikan hujungnya lembut.


TAUHU LEBIH TAHAN

Tauhu lebih tahan jika ia dididihkan sebentar. Kemudian biarkan ia terendam sehingga air itu sejuk sendiri.


MENGHANCURKAN BIJI CILI

Kita sering menghadapi masalah untuk menghancurkan biji cili setelah dikisar:-
•Masukkan cili dan bahan-bahan lain ke dalam balang pengisar.
•Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam balang pengisar tadi.
•Kisar sehingga semuanya hancur.


ULAM RAJA

Ia digunakan sebagai ajen pencuci darah dan untuk menguatkan tulang.

JERING
Jika diambil secara berterusan dengan kadar sedikit mujarab untuk penyakit kencing manis.


BENDI
Sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam perubatan berkesan digunakan sebagai perangsang buang air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.


TERUNG PIPIT

Boleh mengubati retak kulit pada kaki dan mencuci darah dengan meminum air rebusannya, penawar racun ular dan serangga serta untuk meredakan sakit perut.

 

PETAI
Berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

KETAPANG
Ubat penawar darah tinggi dan tonik kardiak.


PEGAGA
Pegaga ini dijadikan penawar racun makanan seperti alergi, antikanser, cirit-birit, perangsang buang air besar dan kecil, sakit kerongkong, batu karang, kencing berdarah, ubat kusta, gonorea, bronkitis, asma, luka, kudis dan bisul. Pegaga juga mujarab untuk mengubati penyakit gagap. Bagi masyarakat Jawa, ia dijadikan ubat sakit telinga.
Orang Cina guna pegaga untuk penyakit hepatitis, campak, selesema, sakit tonsil, batu karang dan penawar racun salah makan, dan muntah berdarah. Ia juga dijadikan penawar racun ular bisa. Di Brazil ia dijadikan ubat kanser uterus, kusta dan kaki gajah.


KUNDUR
Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.


Di China, kulit buah, isi buah, jus dan biji kundur digunakan sebagai penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limpa. Abu biji kundur pula digunakan untuk mengubat penyakit gonorea, manakala abu kulit buahnya dibuat ubat luka.

Di Indonesia, buah kundur dicampur dengan bahan lain untuk mengubati penyakit yang mempunyai simptom keluar darah, penawar racun dan juga ubat luka.


Bagi orang Filipina pula, buah kundur segar sebagai ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air kundur juga didapati berguna sebagai bahan pencuci mata yang merah dan bengkak.


MERUNGGAI
Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional. Daun merunggai dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang baru bersalin. Ia diubati dengan cara menyapu daun yang ditumbuk lumat pada bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya dimakan untuk mengubati penyakit gonorea.

Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah, dan mengurangkan aliran susu ibu.

Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri, dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok yang luka mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan Jawa. Orang India menggunakan gam ini untuk mengubati kelenjar yang bengkak. Orang Jawa pula menggunakan gam ini bagi mengubati sakit usus.

Di kawasan Amerika Tengah, terutamanya di Curacao, akar merunggai sepanjang 15 cm diambil, dicuci bersih dan cecair di dalam akarnya itu dihisap; cecair ini didapati boleh menjadi penawar selesema. Di Guetamala, kulit dan akar yang dihancurkan dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan demam panas dan juga pelawas buang air besar.


Di Nicaragua dan El Salvador, akar yang kering digunakan sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan masalah buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai pelawas buang air besar.


Di Pulau Caicos, air rebusan bunga diminum sebagai penawar batuk. Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai ini dicampur dengan limau nipis sebelum diminum untuk tujuan yang sama. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan menyapunya pada bahagian badan yang ada ketuat untuk mernghilangkan ketuat itu.


Di Venezuela, air rebusan biji dan daun merunggai diminum sebagai julap dan untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang Bahamas dan Jamaica merendam kulit merunggai di dalam alkohol dan menggunakannya sebagai ubat sapu bagi melegakan sakit kepala dan sakit-sakit badan. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan di dalam rum dan digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.


KHASIAT AKAR KAYU

Ambil secekak akar kayu itu kemudian direbus di antara 2 hingga 3 jam.Selepas itu tapis air tersebut dan bila sudah sejuk diminum 3 gelas untuk 3 kali sehari. Amalkan selama 3-6 bulan dan anda akan beroleh cahaya mata.


KHASIAT BUNGA RAYA - Untuk masalah Gugur Rambut

Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan, lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.


KHASIAT PUCUK JAMBU

Bagi wanita-wanita yang hamil dan muntah-muntah cuba petua ini. Ambil beberapa tangkai pucuk jambu batu. Bersihkan daun tersebut dan ditumbuk dengan sedikit garam.Bila sudah hancur atau lumat, campurkan dengan segelas air suam. Biarkan air itu hening.Lakukan amalan meminumnya selama 3 hari berturut-turut dan anda tidak akan muntah-muntah lagi.


KHASIAT DAUN PISANG - Untuk Menghaluskan Telapak Tangan

Bila anda memakan pisang, kulitnya jangan dibuang. Begitu juga kulit ubi kentang.Sebabnya, ia boleh digunakan untuk menggosokkan telapak tangan dan dicuci dengan air limau nipis.Hasilnya anda akan merasakan telapak tangan anda menjadi lembut.


KEKALKAN ZAT SAYUR

Tahukah anda bahawa 1/4 hingga 1/2 vitamin C pada sayur hilang bila dijadikan puri? Berikut cara penyediaan sayur tanpa kehilangan banyak zat di dalamnya :

• Elakkan membasuh sayur atau memotong sayur sebelum anda benar-benar ingin memasaknya.

• Basuh sayur dengan cepat lebih baik daripada merendamnya.
• Gunakan pisau yang tajam ketika memotong sayur. Pemakaian pisau yang kurang tajam menyebabkan sayur lebam dan mengurangkan kandungan zat secara tidak langsung.

• Potong bahagian yang diperlukan dan mengandungi banyak zat sahaja. Misalnya ada sayur yang mempunyai zat paling banyak pada daunnya.
• Elakkan membuang kulit sayur seperti kentang sebelum direbus. Merebus kentang bersama kulitnya sekali dapat mengurangkan zat yang terkandung dalam sayur tersebut hilang. Walau bagaimanapun cara ini tidak sesuai untuk masakan yang hanya menggunakan kentang sebagai bahan tambahan.

• Masa cara stim lebih baik jika dibandingkan dengan merebus sayur. Cara stim dapat memastikan zat yang ada dalam sayuran tersebut tidak hilang dengan banyak. Jika sayur atau cara masakan anda hanya dengan langkah merebus, pastikan anda tidak merebus sayur itu hingga lembik.
• Elakkan memotong sayur kepada potongan kecil. Jika boleh, jangan potong sayur tersebut.


Oleh Nura Syaurah, Vista Pinggiran


KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.
Akar (kulit akar)


Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.


KHASIAT PETAI BELALANG

Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung. Penulis masih ingat ketika zaman kanak-kanak, penulis dan rakan-rakan gemar makan petai belalang (dimakan secara mentah). Maklumlah, dasar kampungan, kalau tidak buah-buah kayu yang lain, petai belalanglah yang menjadi snek kami. Zaman sekarang kanak-kanak banyak makan snek yang buat di kilang-kilang. Aktiviti pun sangat berbeza, kanak-kanak sekarang main Playstation dan game komputer. Zaman penulis dan rakan-rakan dahulu, kami panjat sana, panjat sini, masuk hutan, mandi tali air dan tangkap ikan di bendang (maaf, sedikit terkeluar dari topik).


Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa

KHASIAT KANGKUNG

Di kalangan orang tua-tua, kangkung masyhur sebagai tumbuhan penawar racun. Kangkung juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang lain. Antaranya:


1.Penawar busung, lemah badan dan keputihan pada faraj.
Caranya, masukkan sayur kangkung kedalam masakan bubur, kemudian dimakan. Amalkan selalu.


2. Penawar batuk.

Rebus airnya kemudian diminum.


3. Penawar gelisah, tidur tidak lena serta sakit kepala .
Banyakkan memakan sayur kangkung untuk menenangkan perasaan gelisah.

4. Rawatan diabetes.

Terdapat juga kangkung yang berwarna ungu yang mempunyai khasiat sebagai ubat herba untuk merawat diabetes.


5. Merawat bisul, jangkitan kulit, terseliuh dan bengkak-bengkak.
Tumbuk halus atau kisarkan kemudian ditampalkan pada tempat yang sakit sebagai ubat luaran.


6. Rawatan buasir.

Rebus akarnya dan amalkan selalu,



RAHSIA KELEDEK

Keledek merupakan tumbuhan menjalar yang sebenarnya tergolong dari kalangan tumbuhan herba. Ubi keledek sangat popular dalam masakan dan kuih-muih tradisional. Paling ringkas, ubi keledek boleh dimakan secara rebus. Juga sedap jika digoreng, panggang, bakar, malah boleh juga dikukus. Dalam masakan pula, ubi keledek sangat sedap jika dibuat sup, ditambah ke dalam masakan kari, masak lemak dan lain-lain masakan. Kadang-kadang ubi keledek digunakan sebagai bahan pemekat sos masakan. Manakala pucuk serta daun boleh dibuat sayur goreng, sup dan dimasak kari.



Khasiat Perubatan


Air rebusan ubi keledek:

* Diminum sebagai tonik bagi kesihatan perut, limpa, ginjal dan menguatkan badan yang lemah.

* Mengatasi rasa haus semasa demam panas.

* Air rebusan keledek yang berwarna ungu diminum bagi merawat diabetes.
* Air rebusan keledek yang jenis coklat kemerahan diminum untuk merawat disenteri.


Khasiat daun:

* Daun keledek yang ditumbuk lumat disapu pada kulit yang melecur.

* Juga disapu pada sendi-sendi yang kaku.


Khasiat batang:

* Tumbuk lumat kemudian ditampal pada bahagian badan yang

mengalami reumatisme.


Ranting:
* Apabila direbus, airnya diminum untuk tujuan rawatan masalah dalam perut dan juga asma.


Cecair daripada ubi:

* Juga dapat digunakan untuk merawat kulit melecur iaitu dengan menyapu ke bahagian yang terbakar.


KHASIAT UBI KAYU

Ada juga orang memanggilnya ubi benggala atau ubi belanda, namun tumbuhan yang nama popularnya ubi kayu ini banyak ditanam di kawasan-kawasan rumah di kampung-kampung. Dikatakan berasal dari bahagian tropika benua Amerika, kini ubi kayu terdapat di serata kawasan tropika di seluruh dunia. Ianya cukup mudah ditanam dengan mencucukkan batangnya ke dalam tanah dan dalam masa 5 hari ian akan mengeluarkan akar. Juga ditanam secara komersial bagi menghasilkan tepung ubi kayu dan MSG.


Ubi kayu sangat enak dimakan secara rebus iaitu dimakan bersama kelapa yang telah diparut serta dicampurkan sedikit gula. Ubi kayu juga sangat popular bagi membuat pelbagai kuih-muih tradisional. Di Kelantan, ubi kayu rebus menjadi hidangan istimewa di musim tengkujuh. Sesetengah orang mengambil kesempatan di musim tengkujuh meraih pendapatan lumayan dengan menjual sejenis kuih tradisional yang digelar “putu ubi kayu”.


Khasiat Perubatan

Ubi:
* Ditumbuk/dikisar lumat dan digunakan untuk mengubati bisul dengan menampalkan pada bisul yang telah terbuka.

* Sekeping hirisan ubi kayu boleh ditampalkan pada tempat patukan ular (rawatan di hospital harus diutamakan terlebih dahulu).

* Hirisan ubi kayu yang telah dijemur kering, dicampurkan sedikit air kemudian ditampalkan pada kulit bagi merawat luka, bisul, nanah dan ekzema.
* Sedikit parutan ubi kayu, dicampur air kemudian ditelan dapat merawati cirit-birit dan sakit dada.


Daun:
* Menurut petua orang-orang tua, daun ubi kayu yang baru dipetik diletakkan di atas kepala dapat menghilangkan sakit kepala.
* Air rebusan daun ubi kayu dijadikan air mandian bagi merawat demam influenza.

Bahagian akar:

* Biasanya dicampurkan dengan bahan-bahan perubatan tradisional yang lain kemudian direbus untuk diminum bagi mengubati sakit-sakit urat dan badan.


Bahagian kulit pokok:

* Dapat digunakan untuk merawat reumatisme iaitu dengan merebusnya dan diminum.



Amaran!!

Ubi kayu yang ditanam di tanah yang mempunyai banyak zat nitrogen tetapi kurang kalium, ditambah hujan awal selepas musim kemarau, akan menghasilkan lebihan toksik hidrogen sianida dalam ubi kayu. Seseorang dilarang memakan hidrogen sianida lebih daripada 1mg dalam sehari kerana mengakibatkan keracunan. Apabila sel-sel yang menimpan bahan ini pecah, bahan toksik tadi bertindak balas dengan enzim linamaras dan akan hilang dengan meruap ke udara dan bahan yang dimakan tidak lagi berbahaya. Kerana itulah ubi kayu mesti di potong-potong sebelum memasak kerana jika tidak bahan toksik yang terperangkap dalam sel-sel tidak akan hilang.



KHASIAT CILI API

Cara Menghilangkan Bisa

Petua ini untuk mereka yang suka makan sambal cili api, tetapi selepas itu merasa sakit perut. Untuk mengelakkan sakit perut setelah makan cili, sambal cili api itu hendaklah ditumbuk bersama-sama dengan tangkainya, kerana penawarnya ada pada tangkai. Cili yang dicuci bersih hendaklah disimpan dalam freezer peti sejuk sehingga keras, setelah itu barulah ditumbuk atau digiling.


Cara Menghilangkan Kepanasan Pada Tangan –

Setelah memegang atau memasak menggunakan ramuan yang mengandungi cili, biasanya akan menjadikan tangan berasa panas. Untuk menghilangkannya cuba salah satu petua berikut:
* Sapulah dengan minyak tanah dan biarkan selama 10 minit. Kemudian sapu pula dengan minyak masak dan biarkan selama 5 minit pula, barulah dibasuh dengan sabun.

* Basuh tangan bersih-bersih kemudian masukkan tangan kedalam beras dan biarkan selama 10 minit.

* Lumurkan tangan dengan hampas kelapa.


Mata Terkena Cili

* Sapukan minyak masak pada hidung.

* Siram kaki terutama ibu jari dengan air.

 


BENDI

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa kita dapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Lebih ramai yang hanya tahu makan sahaja. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Bagus bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.


Bendi sebenarnya amat baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.


Di sesetengah tempat, bendi dipanggil kacang lendir. Manakala di Kelantan pula digelar “kacang mior”. Tahukah anda apakah khasiat lendir dari bendi? Orang perempuan mesti suka bab ini, iaitu; lendirnya boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.


Berikut dinyatakan pula nilai perubatan yang ada pada bendi.


Ambil biji, akar dan bunga lalu direbuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat bagi:


* Melawaskan pembuangan air kecil


* Boleh meredakan bengkak dan radang


* Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)


* Mengubati penyakit gonorea


* Mengubati sifilis


* Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat

batuk dan ubat sakit kerongkong.


* Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk

menyapu pada tempat yang berkenaan.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.