Isnin, 8 April 2013

Khasiat Pokok Beka


Khasiat Pokok Beka atau Beko Oroxylum Indicum



Buah beko juga dikenali sebagai bonglai dan Oroxylum Indicum. Juga dipanggil pokok ketua kampung di Grik kerana banyak kegunaannya!

Banyak orang belum pernah melihat atau mengetahui khasiat pokok dan buah ini.  Buah beko berbentuk leper dan panjangnya kira-kira 50 cm. Budak budak boleh main pedang dengan buah tuanya.

Buah beko biasanya dijadikan kerabu dan ulam. Hanya Buah beko yang muda dipilih untuk dijadikan kerabu atau ulaman kerana apabila matang ia akan keras.

Buah beko dibakar atas bara sebelum dijadikan kerabu atau ulaman. Proses membakar ini memudahkan urusan membuang kulit dan dapat mengurangkan rasa pahitnya.

1. Ramasan daun bagi hilangkan demam Kanak kanak.

2. Sekiranya badan anda bertoksik atau penyakit, dikatakan lumuran ramasan daun ke badan anda akan mengeluarkan lendir walaupun daun ini sendiri tidak berlendir!

3. Diharapkan ada ahli ahli sains ethnobotany mengkajinya serta mengkongsikan ilmu anda dengan kami semua! Adalah tidak beretika sekiranya tuan menyembunyikan ilmu pengetahuan hanya untuk keuntungan diri sendiri dengan membiarkan manusia lain menderita mati sedangkan ubat dari sumber alami itu adalah hak ciptaan Allah. Allah tidak pernah minta hak patenship atau upah dari jutaan ciptaannya yang bermanfaat kepada sekalian manusia. Hanya apabila manusia bersyukur kepadaNya sudah amat disenangi Allah!!!

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.