Rabu, 12 Disember 2012

Manusia suka siksa haiwan


Manusia suka siksa haiwan

 

1: The Star: Angry Birds Chicks all the rage - Trader cashing in on school holidays and popular game. - Ini adalah tajuk akhbar the Star pada tarikh 11 Disember 2012! Anak ayam diwarnakan dengan dye merah, biru, coklat, kelabu, jingga, kuning, warna pelangi dsbnya mengikut warna ayam angry birds seperti dalam mainan telefon bimbit! Selepas disapu dengan pewarna dye, anak ayam diletak dalam kebuk pemanas! Setiap dye mengandungi Volatile Organik Compound (VOC) yang berbahaya. VOC adalah pelarut kimia yang bersifat karsinogen atau agen penyebab barah! Semasa proses pengeringan yang memerlukan haba, terlampau banyak VOC akan disedut oleh anak ayam dan larut dalam badannya. Sekiranya anak ayam tidak menyedut VOC ini melalui peparunya, VOC masih boleh masuk ke dalam badan anak ayam melalui kulit kerana selalunya pelarut organik mampu menembusi lapisan lipid pada kulit! Anak ayam sebenarnya terdedah pada kimia bahaya dalam proses ini dan menjadi tidak sihat! Jualan sebanyak 1000 ekor anak ayam seminggu! Sepasang dijual dengan harga RM5/- !

 
2: Ikan Keli → Semasa anda membeli ikan keli di pasar2 borong anda selalu melihat ikan keli dikerat hujung muncungnya dan perutnya. Ia masih hidup serta boleh bergerak-gerak! Tahukah anda ikan itu sedang menderita kesakitan? Ya memang benar, kerana ia masih hidup ia merasa sakit dari saraf yang dipotong oleh pisau! Kenapa ia tidak dibunuh saja bagi mengurangkan tempoh masa penderitaannya? Ikan ikan keli ini tidak dibunuh bagi menunjukkan kepada pelanggan bahwa ia masih hidup, segar dan masih enak untuk dimakan! Jika anda membelinya, bermakna anda bersubahat menyiksa binatang !


3: Burung dalam sangkar    Anda tentu pernah melihat burung disimpan dalam sangkar yang sangat kecil tanpa ia dapat keluar! Burung dicipta Allah untuk terbang di angkasa luas, membantu dalam pendebungaan, berkomunikasi sesama mereka, mandi di lubuk yang berlainan, mencari makanan di tempat tempat yang berbeza, mencari minuman di tempat tempat yang berbeza, mengawan, bertelur, mempunyai anak dan menjaga anaknya dan lain lain hal yang kita belum faham atau masih tidak tahu lagi! Perilaku haiwan mencari makanan dan minuman di tempat2 berbeza membolehkan binatang mencari sumber nutrien atau vitamin yang pelbagai yang tidak akan didapatinya semasa ia hidup dalam sangkar kurungan. Sekiranya anda mahu memahami serta menyelami penderitaan burung ini, eloklah anda merasa duduk dalam bilik kecil selama sekurang-kurangnya sebulan tanpa keluar, tanpa teman, tanpa aktiviti yang selalu anda lakukan dsbnya! 

 
4: Sebagai contoh, haiwan seperti napuh, kijang, pelanduk, kancil, seladang, tenuk, cipan, badak, harimau, gajah, landak, ular dsbnya merasa tertekan kerana kawasan mereka menjadi semakin mengecil. Justeru kawasan mendapat makanan juga menjadi semakin kecil. Kenapa kawasan haiwan ini menjadi semakin kecil? Kerana kerakusan manusia sendiri membina jalan raya Grik Jeli, Lebuh raya Gua tempurung di mana bukit tinggi dan gunung ditarah dengan sewenang-wenangnya. Bukit tinggi yang gondol akan menghanyutkan tanah apabila hujan! Bukit tinggi yang gondol akan menakutkan binatang liar pergi dekatnya apatah lagi melihat manusia ada di situ. Penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan membina terowong untuk merentasi bukit dan gunung dan bukannya menarah serta menambak dengan sewenang wenangnya. Bukit yang dibina terowong akan mengekalkan kawasan hutan di mana kawasan hutan di atas bukit ini akan bertindak sebagai jambatan untuk haiwan pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pembinaan terowong walupun mahal tetapi ia bermanfaat dalam tempoh jangka panjang iaitu memelihara keseimbangan alam sekitar.
 

Hikmah Sembelih Binatang

Kita disuruh sembelih haiwan atas nama Allah sebelum ia halal dimakan (kecuali bagi babi dan anjing). Apabila haiwan disembelih, wajib kita putuskan urat darahnya dan urat nafasnya. Urat Darah adalah Arteri Karotid Luar (External Carotid Arteri). Terdapat sepasang Arteri Karotid Luar iaitu di kiri dan kanan. Ia wajib diputuskan apabila menyembelih haiwan! Arteri ini menghantar oksijen dan nutrien yang sangat banyak ke otak daripada serambi kiri jantung (Left Ventricle)! Apabila kedua dua kiri dan kanan Arteri Karotid Luar ini putus, otak banyak kehilangan bekalan oksijennya dan haiwan mula pengsan. Apabila pengsan, haiwan sembelihan tidak akan berasa sakit langsung seperti juga anda yang pernah pingsan ketika anda menjalani pembedahan besar! Itulah sebabnya disunatkan agar pisau sembelihan mesti tajam dan pemotongan urat darah besar ini mesti dilakukan dengan sangat cepat!

Justeru cara mematikan lembu dengan merenjatkan elektrik atau menghentakkan kepalanya dengan objek tumpul adalah kejam kerana menyakitkan serta menyiksa haiwan!!







 

 

 

 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.