Rabu, 12 Disember 2012

Kisah Ikan


Kisah Ikan

Bot nelayan laut dalam mungkin mengambil masa 5 hari untuk pergi dan balik dari laut. Ais dalam bot juga adalah kurang. Biasanya ikan kecil lebih cepat busuk daripada ikan besar. Bagi memastikan kesegaran dan rupa ikan cantik berkekalan, bahan kimia seperti asid borik dicampurkan ke atas ais kotak ikan. Lagi banyak kandungan asid borik ditaburkan, lagi lama ikan kekal tahan. Apa yang dikhuatirkan adalah kesan jangka panjang asid borik ke atas tubuh manusia. Adakah asid borik boleh menyebabkan barah? Anda dijemput mengetahuinya dengan menyiasat sendiri di laman HSDB atau Toxnet di muka halaman utama.

Justeru ikan yang selamat dimakan adalah ikan air tawar yang masih hidup ketika kita membelinya. Namun demikian, Kita ada membaca surat khabar mengatakan ikan keli, ikan patin, ikan haruan, tilapia dan lain-lain ikan diberi makanan tidak halal seperti hasil bahan buangan khinzir bagi menjimatkan kos dan mempercepatkan tumbesarannya. Tambahan pula, pellet yang diguna sebagai makanan ikan diberitakan mengandungi DNA khinzir satu masa dulu dalam suratkhabar .... Seperti anda ketahui , untuk dapatkan pellet makanan ikan yang mudah, murah serta cepat, ia harus selalunya diimpot dari Negara Cina. Pellet ini mungkin mengandungi hormon bagi mencepatkan tumbesaran anak ikan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.