Rabu, 12 Disember 2012

SALM & SOM


SALM & SOM

 

Rasanya orang Malaysia ramai masih belum tahu 2 skim ini:

 

S A L M
 
S O M
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia.
 
Skim Organik Malaysia.
Cop SALM dikeluar atau diberi oleh Jabatan Pertanian.
 
Cop SOM dikeluar atau diberi oleh Jabatan Pertanian.
 
Cop SALM adalah pengiktirafan Jabatan Pertanian yg diberi kpd ladang2 sayur yg mengamalkan Amalan Pertanian yg baik iaitu mesra alam sekitar; menjaga kesihatan, kebajikan dan keselamatan pekerja mereka masing2; produk makanan yg berkualiti, sesuai, selamat serta sihat dimakan.
 
Cop SOM adalah pengiktirafan Jabatan Pertanian yg diberi kpd ladang2 sayur yg mengamalkan Amalan Pertanian yg baik iaitu tiada langsung mengunakan sebarang racun atau baja kimia, hormon, antibiotik dsbnya.
 
Lebih mahal jika dibanding dengan  sayur-sayuran atau buah buahan yg tiada bercop SALM.
 
Lebih mahal jika dibanding dengan  sayur-sayuran atau buah buahan yg tiada bercop SOM.
 
Produk bercop SALM masih mengandungi sedikit racun serangga, racun rumpai dan racun kulat.
 
Produk bercop SOM tiada mengandungi sebarang racun serangga, racun rumpai dan racun kulat.
 
Produk SALM masih menggunakan baja kimia atau baja sintetik.
 
Produk SOM mengunakan semata-mata baja organik sahaja!
 
 
 
Produk SOM Tidak mengguna  baja kimia atau baja sintetik!
 
 
Produk SOM Tidak mengguna suntikan hormon penggalak buah atau hormon penggalak pertumbuhan pokok.
 
 
 
Produk SOM Tidak mengguna antibiotik.
 
 
 
Produk SOM menitikberatkan penjagaan serta keselamatan alam sekitar,
 
 
 
Produk SOM dijamin selamat daripada kesan tinggalan atau sisa sisa racun serangga, racun herba serta racun kulat.
 
 
 
Produk SOM dijamin selamat daripada bahan bahan kimia berbahaya.
 
Standad SALM kurang baik atau lebih longgar daripada standad SOM.
 
Standad SOM lebih baik atau lebih ketat daripada standad SALM.
Kurang elok atau kurang selamat daripada sayur-sayuran atau buah buahan yg  bercop SOM.
 
Lebih elok atau lebih selamat daripada sayur-sayuran atau buah buahan yg  bercop SALM.
 
Tesco, Jusco dan pasaraya besar.
 
Tesco, Jusco dan pasaraya besar.
 
Keterangan Lanjut di:
 
Jabatan Pertanian,
Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia,
Aras 7, Wisma Tani, No 30, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62624, Putrajaya.
 
http://www.doa.gov.my
 
Tel: 03 8870 3448                             Fax 03 8888 7639
Produk SALM dan SOM biasanya dibeli atau dimakan oleh rakyat asing saja kerana rakyat Malaysia samaada tiada cukup wang untuk membelinya atau tiada kesedaran kesihatan mengenainya ...
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.