Kayu Beracun
Tahukah
anda bahawasanya kayu yang membuat alang atau kekuda atap rumah anda adalah
beracun? Memang benar, kayu yang digunakan untuk membuat rumah di Malaysia
dirawat dengan bahan kimia terlebih dahulu untuk mengelakkan kayu-kayu dari
dimakan anai anai, bubuk atau serangga perosak kayu. Kayu kayu akan direndam
dalam pengawet kimia sehingga beberapa waktu sehingga kimia ini sebati dalam
kayu. Kemudian barulah kayu ini akan dijual kepada anda.
Apakah bukti kayu kayu dalam rumah
anda beracun?
Bagi
di kalangan para penternak lebah kelulut, spesis lebah kelulut amat sensitif
kepada kimia dalam kayu. Umpamanya, pekerja lebah kelulut mati hanya dalam masa
30 minit saja selepas mereka dipindahkan dari sarang asal ke dalam kotak kayu
yang telah dirawat dengan bahan kimia perawat kayu. Ratu lebah kelulut juga
akan mati selepas diletakkan ke dalam kotak kayu yang telah dirawat dengan
bahan kimia perawat kayu. Lebah kelulut sangat bergantung kepada deria bau bagi
mengenalpasti sarang, ratu, kawan atau lawan. Apabila kotak kayu yang digunakan
sebagai sarang lebah kelulut mengandungi pegawet kimia, kimia ini akan
mengganggu deria bau lebah kelulut dan juga boleh meracuni lebah kelulut
seterusnya membunuh seluruh lebah kelulut. Perkara ini telah dibuktikan oleh
MARDI sendiri.
Bagaimana mengetahui kotak kayu itu
beracun?
1. Ratu
lebah kelulut keluh kesah dan keluar dari sarang (Biasanya ratu tidak keluar
dari sarang).
2. Anak
anak lebah kelulut mati serta merta.
3. Ratu
tidak berada di kawasan telur atau involukrum (Biasanya ratu akan berada di
kawasan ini sahaja ).
4. Ada
lebah pekerja mengejar atau menyerang lebah ratu .
Jika kayu dalam rumah anda beracun
apa kesan kepada kesihatan anda?
Badan
manusia mengambil masa yang lama untuk dapat melihat kesan kesan sampingan pendedahan
bahan kimia kepada badan anda. Cara sistem pernafasan manusia berbeza dan lebih
rumit berbanding sitem pernafasan lebah kelulut yang lebih ringkas. Bagi badan manusia,
gas oksijen larut dalam cecair alveolus dan meresapi masuk ke dalam jaringan
salur darah halus dalam paru paru anda. Kimia berbahaya juga memasuki darah
manusia dengan cara yang sama. Semua oksijen, vitamin zat-zat yang berguna
serta kimia berbahaya akan dibawa ke seluruh bahagian tubuh manusia. Kimia
terlarut ini mengambil masa bagi merosakkan buah pinggang, sistem saraf, hati
dan lain lain organ manusia. Pembentukan sel sel kanser juga berlaku secara
beransur ansur, senyap senyap, perlahan lahan tanpa anda sedari dan tidak
seperti lebah kelulut yang kesannya adalah kematian serta merta.
Kenapa dalam badan lebah kelulut,
kesan keracunan kimia berlaku secara serta merta?
Ini
kerana badan lebah kelulut adalah berjuta kali ganda lebih kecil dari badan
anda. Bahan kimia dapat sampai ke serata pelusuk badan lebah kelulut
terutamanya sistem saraf lebah kelulut dengan sempurna. Lebah kelulut bernafas
terus dari udara di luar badannya yang dapat memasuki badan mereka melalui
sistem rongga. Ia sama seperti sistem pernafasan lipas, kala jengking, lipan,
lelabah dsbnya. Justeru, bahan kimia
dalam udara akan terus meracuni sistem saraf lebah kelulut dan menyebbakan
kematian mereka. Justeru lebah kelulut boleh menjadi petunjuk biologi bagi
melihat kayu di rumah anda tercemar dengan bahan kimia atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.