Artkel sembang ini
disisipkan kerana ada info yang berguna… Silakan baca ….
Apa Anda Perlu Tahu Tentang Barah
Barah terjadi hasil dari pertumbuhan
dan percambahan sel tubuh, lymph dan darah yang tidak terkawal. Ia sangat
merbahaya bukan kerana ia boleh menjangkiti orang lain, tetapi ia lambat laun
akan membunuh mangsanya. Barah merupakan salah satu dari punca utama kematian
manusia.
Pertumbuhan sel yang normal
Pertumbuhan sel yang normal
Di dalam tubuh manusia terdapat
berbagai jenis tisu seperti kulit, paru-paru, hati, limpa dan yang lain.
Tisu-tisu tersebut terbina dari berjuta-juta sel yang teratur dan terkawal,
dengan setiap tisu mempunyai struktur sel yang tersendiri. Rupa bentuk setiap
sel berbeza dari satu organ ke satu organ yang lain. Sel-sel ini akan mati dan
diganti melalui proses pembahagian sel (mitosis atau meiosis). Proses ini
dikawal begitu rapi dan merupakan proses biasa yang berlaku secara semulajadi.
Bilangan sel yang diganti adalah sama jumlahnya dengan sel yang telah mati.
Jika berlaku luka, penghasilan sel akan meningkat sehingga luka itu sembuh dan
pembahagian sel menjadi kembali seperti biasa selepas itu.
Sel-sel barah
Sel-sel barah membahagi dan
bercambah mengikut kadar tersendiri tanpa boleh dikawal. Proses pembahagian sel
itu berlaku secara berterusan sehingga rawatan diberi. Percambahan yang begitu
cepat menjadi ketumbuhan. Sel-sel ini juga tidak terkawal secara teratur
sehingga tisu-tisu yang terbentuk dari sel-sel ini tidak langsung menyerupai
tisu-tisu yang normal. Bahan makanan diserapi melalui sel-sel yang normal,
tetapi sel-sel barah ini tidak berfungsi langsung. Sel sel barah berupaya
merembes faktor penggalak bagi menggalakkan pertumbuhan salur darah kepadanya
bagi membekalkan oksijen, gula dsbnya!!!
Jenis-jenis barah
Barah dikelaskan mengikut dari mana
datangnya sel-sel barah ini iaitu:
·
Karsinoma - dari
permukaan tubuh seperti kulit, perut, pundi air kencing, rahim, prostat, usus
kecil dan besar, dubur, buah dada dan salur benih.
·
Sarkoma - dari struktur
dalam tubuh seperti tulang, otot-otot dan lemak.
·
Lymphoma - dari kelenjar
lymph.
·
Lukemia - dari sel darah
putih.
Ketumbuhan
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.
Tidak semua ketumbuhan itu barah, ada yang "benign". Jenis ini tidak merbahaya kecuali bila mengganggu fungsi organ yang terlibat. Ketumbuhan "benign" tidak merebak, ia tumbuh di dalam kelongsongnya dan dalam tisu-tisu yang normal. Ketumbuhan "malignant" merbahaya kerana ia terdiri dari sel-sel barah yang menceroboh atau tumbuh dalam tisu-tisu normal. Bukan itu sahaja, sel-sel dari ketumbuhan ini malahan bercerai dan merebak ke seluruh anggota mangsanya hingga mengakibatkan kematian mangsanya.
Ketumbuhan "benign" kelihatan seakan-akan tisu normal, percambahannya terkawal dan perubahannya lebih perlahan. Tetapi jika ketumbuhan ini berlaku pada organ yang penting seperti paru-paru, kesihatan mangsanya akan terjejas. Ketumbuhan "benign" perlu dikeluarkan melalui pembedahan.
Asal-usul barah
Sel barah bermula dari sel-sel normal dalam tubuh. Hanya satu sel sahaja diperlukan untuk mencetus ketumbuhan barah. Proses perubahan dari sel normal menjadi sel barah berlaku secara sangat perlahan dan berperingkat-peringkat serta memakan masa bertahun-tahun. Pada setiap peringkat, sel-sel ini menjadi bertambah tidak normal bentuknya dan kian kurang terkawal (anaplasia , metaplasia) .
Proses ini tidak menimbulkan apa-apa tanda atau kesakitan sehinggalah barah terjadi. Tetapi dalam sesetengah keadaan, seperti barah pangkal rahim, perubahan ini boleh dikesan melalui ujian seperti pap smear.
Cara barah membiak
Sel barah
berupaya merebak hingga menjadikannya sangat merbahaya. Sel ini merebak dengan
teratur bermula dari tisu-tisu di sekelilingnya. Kemudian sel-sel ini bercerai
dan terkandung dalam cairan tisu tubuh, seterusnya masuk ke dalam saluran
lymphatik dan ke dalam kelenjar-kelenjarnya. Dari sini sel barah menembus masuk
ke dalam saluran darah. Fungsi kelenjar limfa adalah menapis keluar sel-sel
yang mati dan jangkitan. Sel barah lazimnya terperangkap di dalam kelenjar yang
paling hampir dengan tempat barah terjadi. Sel-sel ini akan mati, tetapi lambat
laun satu darinya akan mula bercambah dan mengakibatkan ketumbuhan kedua. Dari
sini sel-sel itu akan merebak ke dalam saluran darah dan dibawa keseluruh tubuh
mangsanya.
Mengapa barah terjadi?
Barah didapati biasa terjadi apabila seseorang itu sudah meningkat tua di mana daya tahan melawan penyakit dan kuman telah menjadi lemah. Bertambahnya bilangan pesakit barah adalah disebabkan pencemaran teruk samada racun dari dalam makanan, persekitaran samada di rumah, di tempat kerja mahupun dari dalam kereta (Plastik kereta mengeluarkan pthalates, dioxin, VCM, VOC, BPC dsbnya). Satu teori lain pula mengatakan bahawa tubuh kita memang mengeluarkan sel-sel yang tidak normal, tetapi biasanya ia boleh dimusnahkan secara semulajadi. Namun begitu terdapat pada mangsa barah, sebilangan sel yang berupaya untuk terus hidup hingga mengakibatkan barah. Ada juga barah yang diwarisi seperti barah mata (retina). Barah buah dada juga dikatakan ada kaitan dengan warisan untuk sesetengah mangsa.
Kebanyakan barah
dipercayai berlaku akibat dari pencemaran teruk dari persekitaran seperti yang
terbukti dari radiasi, bahan kimia atau racun serangga dalam makanan, minuman,
kosmetik atau bahan-bahan lain. Cahaya ultra-ungu dari matahari juga boleh
mengakibatkan barah. Bahan-bahan perisa atau pengawet atau pewarna yang
dimasukkan dalam makanan, ubat-ubatan, tembakau, kosmetik, cat, gam, logam berat juga boleh
mengakibatkan barah.
Siapa dihidapi barah?
Kanak-kanak juga boleh menghidapi barah, iaitu lazimnya barah lukemia. Lukemia kerap mencari mangsa yang berumur antara 3 hingga 14 tahun. Kaum lelaki pula mengalami barah paru-paru, prostat, usus besar, perut dan pankrias. Kaum wanita yang malang dihinggapi barah buah dada, pangkal rahim, rahim, usus besar, paru-paru dan ovari.
Mengesan barah
Jika barah dapat dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh, rawatannya lebih mudah dan penyembuhan lebih mudah tercapai. Oleh itu pengdiagnosan yang seawal-awalnya sangat penting. Ketakutan kita pada penyakit barah ada kalanya melengahkan kita dari mendapat kepastian ini.
Barah boleh
dikesan dengan berbagai cara seperti:
·
Sinar X dan imbasan
·
Biopsi atau mengambil
secebis tisu dan diuji
·
Ujian cairan/lelehan
dari tubuh seperti air liur dan lelehan pangkal rahim
·
Pemeriksaan darah untuk
menguji fungsi hati dan tulang
·
Isotope; iaitu bahan
radioaktif dimasukkan ke dalam tubuh, kemudian dikesan melalui sinar X
·
Termografi; iaitu
mengesan suhu pada setiap bahagian yang terlibat. Sel barah lebih tinggi
suhunya dari sel normal
Setelah dikesan
dan diketahui jenis serta peringkat barah yang dihidapi, rawatan yang tepat
dapat dimulakan. Tujuan rawatan ialah untuk memusnahkan semua sel barah.
Cara merawat atau mengubati barah
Doktor akan merawat mangsa barah dengan cara yang sesuai dengan jenis barah dan peringkatnya. Antara rawatan yang diberi ialah:
·
Pembedahan untuk
membuang keseluruhan ketumbuhan barah termasuk kawasan sekelilingnya serta
kelenjar-kelenjar lymph yang berdekatan. Pembinaan semula dilakukan jika perlu
seperti 'colostomy', iaitu membina salur najis di atas perut apabila usus dan
dubur telah dibuang
·
Menggunakan radioterapi
untuk memusnahkan sel-sel barah. Radiasi memusnahkan bahan genetik sel barah
supaya ia tidak berupaya bercambah lagi. Tetapi radiasi juga turut memusnahkan
sel yang normal. Proses pemulihan sel normal akan berlaku selepas itu.
Selalunya dos radiasi yang selamat diberikan. Ia diberikan setiap hari selama 4
hingga 6 minggu. Kesan sampingan yang dialami ialah gatal kulit. Ini boleh
dikurangkan dengan tidak membasuhnya, kemudian sapukan kerim. Kelesuan dan
cirit-birit akan berlaku jika rawatan dibuat di bahagian perut. Rambut akan
gugur jika rawatan dibuat di kawasan kepala, tetapi rambut akan tumbuh semula
dalam tempoh 6 bulan. Kesembuhan untuk ketumbuhan setempat seperti di leher dan
kepala kadang-kadang boleh dicapai dengan radiasi. Radiasi dilakukan selepas
pembedahan untuk meningkatkan kesembuhan seperti pada buah dada. Radiasi juga
boleh melegakan gejala-gejala barah terutamanya rasa sakit. Radiasi
kadang-kadang dimasukkan sebagai susuk ke dalam mulut, lidah, rahim untuk
mengurangkan pemusnahan sel-sel normal. Radioterapi sebenarnya akan melumpuhkan
sistem kekebalan semulajadi badan bagi melawan kuman. Justeru selepas sesi
radioterapi, anda senang mendapat demam atau batuk selsema. Sistem imuno badan yang
lemah memungkinkan pesakit mendapat barah jenis lain pula selepas beberapa lama
ketika tetapi tiada doktor memberitahu anda perkara ini!! Justeru, anda perlu
meningkatkan lagi daya tahan semulajadi tubuh bagi melawan penyakit dengan
memakan herba herba yang bersesuaian!
·
Kemoterapi iaitu dengan
ubat-ubatan untuk memusnahkan kandungan genetik sel barah. Rawatan cara ini
diberi bila barah telah merebak. Pemusnahan kandungan genetik mengakibatkan
percambahan sel barah tidak sempurna, tetapi ia turut melibatkan percambahan
sel normal. Kesan sampingan rawatan ini adalah keguguran rambut, loya dan
pengurangan sel darah. Ini kerana sel di bahagian kulit, tulang sumsum dan
perut bercambah dengan pesatnya. Kimoterapi sebenarnya akan melumpuhkan sistem
kekebalan semulajadi badan bagi melawan kuman. Justeru selepas sesi kimoterapi,
anda senang mendapat demam atau batuk selsema. Sistem imuno badan yang lemah
memungkinkan pesakit mendapat barah jenis lain pula selepas beberapa lama
ketika tetapi tiada doktor memberitahu anda perkara ini!! Justeru, anda perlu
meningkatkan lagi daya tahan semulajadi tubuh bagi melawan penyakit dengan
memakan herba herba yang bersesuaian!
·
Terapi hormon diberi
pada barah yang bergantung kepada hormon untuk bercambah. Hormon penghalang
pengeluaran hormon yang biasa diberi supaya sel barah ini berhenti bercambah.
Rawatan kombinasi
juga diberi untuk barah seperti yang dihidapi oleh kanak-kanak. Pembedahan
diikuti dengan radioterapi kemudian diikuti dengan ubat-ubatan. Dalam kes barah
lukemia dan anemia tertentu, radiasi seluruh tubuh dilakukan sebelum pemindahan
tulang sumsum dilaksanakan.
Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup sehingga selepas 5 tahun, maka sesi kimoterapi dan radioterapi para doktor dianggap telah berjaya walaupun pesakit mati (dan kualiti hidup merudum selepas rawatan) pada tahun ke-enam !!!
Kebanyakan jenis barah boleh diatasi jika dikesan pada peringkat awal. Oleh itu adalah penting untuk membuat ujian dan mengesannya di peringkat awal supaya rawatan serta merta dapat diberikan. Selepas sembuh, rawatan susulan adalah sangat penting terutamanya pemeriksaan di bahagian yang terlibat. Sekiranya mangsa barah boleh hidup sehingga selepas 5 tahun, maka sesi kimoterapi dan radioterapi para doktor dianggap telah berjaya walaupun pesakit mati (dan kualiti hidup merudum selepas rawatan) pada tahun ke-enam !!!
Cara mengelak barah
Beberapa langkah boleh diambil untuk mengelak berlakunya barah seperti:
·
Elakkan dari terdedah
kepada cahaya matahari secara terus menerus.
·
Elakkan menghisap rokok
dan arak.
·
Elakkan menjalani sinar
X kecuali jika benar-benar perlu.
·
Kurangkan makanan yang
mengandungi lemak yang tinggi
·
Lebihkan makanan yang
mengandungi serabut yang tinggi.
·
Kurangkan makan
bahan-bahan manis dan produk tenusu (dairy).
·
Tinggal di kawasan yang
tidak tercemar udara, air, makanan, tanah dsbnya.
·
Pilih pekerjaan yang
tidak mendedahkan diri kepada bahan-bahan yang boleh menyebabkan barah.
·
Jangan memakai bekas
plastik atau melamin.
Tujuh tanda-tanda barah
1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara
1] Perubahan tabii sistem pembuangan najis dan perkencingan
2] Kudis yang tidak boleh sembuh
3] Perdarahan atau lendir yang luar biasa
4] Ketumbuhan pada buah dada atau di tempat lain
5] Makanan tidak hadam atau kepayahan menelan
6] Perubahan ketara pada kutil atau tahi lalat
7] Batuk yang sentiasa ada atau serak suara
Sumber: Utusan
Malaysia 26/10/2005
40,000 pesakit
baru dikesan kanser
kini pembunuh nombor dua
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Peningkatan penyakit kanser di negara ini semakin membimbangkan dengan lebih 40,000 pesakit baru dikesan di seluruh negara - menjadikannya sebagai pembunuh nombor dua negara selepas penyakit jantung.
Daripada jumlah tersebut 80 peratus membabitkan kanser payu dara diikuti kanser prostat dan beberapa jenis kanser lain seperti tulang dan darah. Lebih membimbangkan ialah kos rawatannya adalah tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh pesakit. Mereka yang diserang kanser biasanya memerlukan kos antara RM40,000 ke RM300,000 untuk rawatan berikutan peralatan dan ubat-ubatan yang mahal.
Mengapa penyakit kanser semakin meningkat?
Menurut Majlis Kanser Malaysia (Makna) puncanya ialah: Perubahan gaya hidup, persekitaran, makanan dan cara pemprosesannya serta tekanan hidup. Ketika mendedahkan perkara itu Presiden Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin berkata, statistik itu diperoleh berdasarkan kes baru kanser yang didaftarkan.
``Kesatuan Antarabangsa Menentang Kanser (UICC) meramalkan menjelang 2020 penyakit kanser akan muncul sebagai pembunuh nombor satu dunia dan sesuatu perlu dilakukan mulai sekarang sebagai persediaan menghadapinya. ``Pemeriksaan awal di kalangan orang ramai boleh membantu rawatan awal diberikan kepada mereka yang dikesan mengalami kanser,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertambahan jumlah pesakit kanser di seluruh negara setiap tahun. Mohd. Farid memberitahu, walaupun tahap kesedaran mengenai penyakit maut itu semakin berkembang namun kebanyakannya lambat ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan segera.
``Penyakit kanser mempunyai empat tahap dan kebanyakan pesakit datang selepas mereka sudah berada ditahap tiga dan empat.
``Walaupun pelbagai kempen sudah dilakukan oleh kerajaan dan pertubuhan sukarela termasuk saya sendiri yang sudah letih berkempen mengenai kanser, tetapi ia bergantung kepada kehendak individu itu sendiri untuk merawat diri mereka,'' katanya.
Mohd. Farid memberitahu, Makna telah melakukan banyak pembangunan dan penyelidikan (R&D) untuk mendapatkan pendekatan perubatan baru bagi mengurangkan kos rawatan kanser yang terlalu mahal.
``Makna mendapati percantuman pendekatan perubatan moden cara Barat dan Timur, jauh lebih murah dan amat besar keberkesanannya.
``Saya telah menjelajah ke seluruh dunia dan menemui banyak lagi cara-cara baru untuk merawat kanser terutamanya di Eropah dan penemuan ini yang akan dibangunkan,'' katanya.
Beliau memberitahu, sejak ditubuhkan pada 1994, sebanyak 85,000 pesakit kanser telah mendapatkan rawatan dengan Makna dengan kos mencecah berpuluh-puluh juta ringgit.
Mohd. Farid turut mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berjanji berusaha memastikan rawatan dan ubatan bagi penyakit kanser lebih mudah diperoleh pada harga lebih murah. ``Makna amat bersedih dengan kehilangan isteri beliau Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood akibat kanser payu dara dan keazaman Perdana Menteri itu diharap dapat membawa dimensi baru dalam merawat penyakit kanser,'' katanya. Semalam semasa menggulung usul merakamkan perasaan dukacita di atas kembalinya ke rahmatullah Endon di Dewan Rakyat, Abdullah berkata, pengajaran yang diperoleh daripada kesakitan yang dialami oleh isterinya ialah semua rakyat harus bersama-sama menangani penyakit itu.
Faktor yg mempengaruhi kesihatan yg saya pernah saya dengar dalam satu ceramah:
- 10% daripada perubatan.
- 20% daripada keturunan.
- 20% daripada persekitaran.
- 50% daripada gaya hidup.
Gaya hidup termasuklah pemakanan seimbang, xtvt fizikal, rutin harian dan makanan tambahan. Makanan tambahan sekarang macam2 kita dengar. Lagilah dari syarikat MLM, macam2..yg tu elok..yg ni elok..so, pastikan anda memilih dengan bijak. Amalkanlah gaya hidup sihat.. Semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera. Sejak oktober tahun lepas, selepas kematian isteri PM kita, selepas MAKNA diwujudkan..sampailah sekarang, saya masih tertunggu-tunggu program spt kempen kesedaran kanser. Sedangkan pesakit kanser semakin ramai. Di tv biasa kita tengok dokumentari kempen utk denggi dan tak nak. Mana kempen utk kanser?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.