Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di
seluruh dunia? Pada 2008 saja, sebanyak 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka
meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030. Angka berkenaan tidak mustahil
akan terus meningkat jika kaum lelaki masih tiada kesedaran terhadap penyakit
paling ditakuti itu. Ramai yang tahu mengenainya namun ada juga yang ‘buat-buat
tidak tahu’.
Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Hospital
Pantai Kuala Lumpur, Dr Lam Kai Seng berkata, kanser prostat penyakit yang
semakin meningkat dalam persekitaran tempatan disebabkan peningkatan dalam
jangka hayat penduduk tempatan dan kemewahan yang semakin meningkat dalam gaya
hidup dan diet yang mirip kepada penduduk barat.
Selain itu, perspektif kebanyakan lelaki yang tunggu sakit baru berjumpa doktor juga antara yang menyumbang ke arah meningkatnya bilangan pesakit kanser prostat di negara ini.
Selain itu, perspektif kebanyakan lelaki yang tunggu sakit baru berjumpa doktor juga antara yang menyumbang ke arah meningkatnya bilangan pesakit kanser prostat di negara ini.
“Ramai masih mengambil ringan mengenainya kerana berpendapat, jika sakit
baru berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Tidak kurang juga yang menganggap ia
hanya menyerang lelaki berusia.
“Sebenarnya, andaian itu salah kerana kanser prostat menyerang lelaki tanpa mengira usia. Tidak kurang juga ada yang tunggu ‘rasa sakit’ baru berjumpa doktor, sedangkan pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Menurutnya, kanser prostat merebak melalui empat tahap. Ia dikenal pasti di
segi saiz tumor, sama ada nod limfa dijangkiti atau tumor berkenaan merebak ke
bahagian lain.
“Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar
prostat dan tiada gejala apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
Pada tahap kedua, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
Pada tahap kedua, kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
“Seterusnya pada tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan
kemungkinan besar merebak ke pundi seminal dan pada tahap keempat, ia merebak
ke pelvis (tulang pinggul), nod limfa atau bahagian lain seperti tulang, hati
atau paru-paru,” katanya.
Sementara itu, Perunding Urologi, Datuk Dr Selvalingam Sothilingam berkata,
setiap lelaki berisiko dijangkiti kanser prostat. Meskipun negara Asia mempunyai
bilangan lebih rendah berbanding Eropah, tidak bermakna golongan lelaki di
negara ini boleh berpeluk tubuh.
“Sesiapa saja boleh menghidap penyakit ini. Paling penting, perlu sentiasa
menjaga kesihatan dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh,” katanya.
Apakah simptom kanser ini?
Apakah simptom kanser ini?
Kerap buang air kecil
Aliran kencing lemah
Mati pucuk
Terdapat darah di dalam air kencing
Sakit sewaktu buang air kecil
Sukar mengawal rasa buang air kecil
Sering berasa
sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada.
Faktor risiko?
Faktor risiko?
Sejarah keluarga
Pemakanan
Peningkatan usia
Pendedahan
kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam.
Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia.
Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia.
Rawatan
Pembedahan dikenali prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra. Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.
Artikel ini
disiarkan pada : 2013/01/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.