Sekarang ni atau lebih tepat zaman sekarang banyak sangat kita
dengar orang kena kanser atau barah, macam-macam kanser, kanser hati, kanser usus,
kanser prostat, kanser payudara dan macam-macam kanser lah. Baru-baru ni, masuk
berita pelakon veteran Kuswadinata
terlantar tenat disebabkan kanser usus yang
dihidapi.
Kenapa aku cakap zaman sekarang?? Kalau dulu agak jarang la kita
dengar pasal kanser-kanser ni, yang selalu kita dengar, kencing manis, sakit
jantung, darah tinggi, tu pun penghidapnya sememangnya dah berumur. Sesuai lah
dengan daya tahan tubuh yang dah lama beroperasi... Yang kanser ni kadang kita
dengar orang muda pun dah ada yang kena kanser ni. Kenapa yer? 1 gaya hidup, 1
lagi pemakanan lah kot. Pemakanan sekarang banyak sangat yang dicampur itu la
ini la, asid itu la asid ni la, contoh paling senang makanan segera. Sebab tu
orang-orang tua pesan jangan selalu sangat makan makanan segera... Ada logik?
Kat bandar-bandar aku tak tahu la macam mana tahap kesihatan
orang-orang yang berumur ni, kalau kat kampung aku tengok orang tua yang berumur
70 80 tahun sihat lagi, cergas lagi. Sebabnya faktor pemakanan la kot...
Petua
Pemakanan Mencegah Kanser
Orang kata mencegah lebih baik dari mengubat. Bila dah kena
kanser, jumpalah doktor, bila dah jumpa doktor, telan lah pil-pil apa segala,
rawatan-rawatan chemotherapy bagai. Jadi sebelum kena, jom kita cegah
kanser dengan pengambilan-pengambilan makanan pencegah kanser dibawah.
Khasiat Avocado :-
Kaya dengan gluthatione iaitu antioksidan terbaik bagi melawan
radikal bebas dalam badan dengan menghalang usus daripada menyerap sesetengah
lemak yangmenjadi punca kanser usus.
Membekalkan pottasium kepada badan
Sebagai sumber Beta Carotene yang baik
Baik untuk merawat Hepatitis bervirus (penyebab kanser hati)
Khasiat Brokoli :-
Mengandungi Indole-3-Carbinol, menukarkan estrogen penggalak
kanser kepada estrogen penghalang kanser.
Antioksidan Lutein dan Zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko
terkena kanser prostat.
Mengandungi Fitokimia yang boleh mencegah kanser kolon dan kanser
rektum.
Khasiat Lobak Merah :-
Beta Carotene - Mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser
payudara, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser kerongkong, kanser perut,
kanser usus, kanser kolon, kanser pundi dan kanser prostat.
Falcarinol - Membantu mengurangkan kanser.
Khasiat Cili Merah :-
Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh
meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser)
Khasiat Flax :-
Lignin yang bertindak sebagai antioksidan dengan menghalang sel
berubah menjadi sel kanser. Kaya dengan Omega-3 yang membantu mencegah kanser
kolon dan sakit jantung.
Khasiat Bawang Putih :-
Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu
meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab
kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan
pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan
kanser kolon.
Khasiat Limau Bali :-
Mototerpenes - Menghalang kanser dengan menyingkirkan karsinogen
dari badan. Kaya dengan Vitamin C, Beta Carotene dan Asid Folik
Anggur Merah
Anggur Merah
Khasiat Anggur Merah :-
Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun. Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.
Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun. Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.
Khasiat Sayuran Hijau Dan Kuning :-
Mengurangkan risiko kanser perut
Cendawan/Kulat
Khasiat Cendawan :-
Polysaccharides (lentinan) - Meningkatkan sistem imun badan
Beta Glucan dan Protein (lectin) - Berfungsi menyerang sel kanser dan menghalang pertumbuhan sel kanser.
Thioproline - Meransang pengeluaran interferon dalam badan.
Kekacang
Khasiat Kekacang :-
Mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel kanser.
Limau / Lemon
Khasiat Limau/Lemon :-
Mengandungi Limonene yang meransang sel imun pembunuh kanser (lymphocytes) dengan mengurai bahan penyebab kanser.
Betik
Khasiat Betik :-
Sebagai antioksidan yang mampu mengurai penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses
Rasberi
Khasiat Rasberi :-
Mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah kanser
Rumpai Laut
Khasiat Rumpai Laut :-
Mengandungi mineral seperti Pottasium, Kalsium, Magnesium, Iron dan Iodine. Beta Carotene, Protein, Vitamin B12, Klorofil, Chlorophylone (asid lemak yang penting melawan kanser payudara)
Produk Soya (Tofu, Tauhu)
Khasiat Produk Soya :-
Phytoestrogen yang berfungsi mencegah kanser payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel kanser.
Daun Teh
Khasiat Daun Teh :-
Mengandungi antioksidan polyphenol (catechins) yang menghalang sel kanser merebak.
Mengandungi fitokimia epigallocathecin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor.
Tomato
Khasiat Tomato :-
Antioksidan Lycopene yang menyerap molukel oksigen bebas atau radikal bebas yang meransang kanser terutama kanser mulut.
Kaya dengan Vitamin C
Kunyit Hidup
Khasiat Kunyit Hidup :-
Menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 yang sering dikaitkan dengan keradangan dan penyebab kanser kolon atau rektum.
Fiber / Serat
Khasiat Fiber :-
Mampu mencegah kanser terutama kanser prostat.
Jus Epal Tak Bertapis
Khasiat Jus Epal Tak Bertapis :-
Berupaya mencegah kanser kolon.
Selain daripada pengambilan makanan-makanan pencegah kanser diatas, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan seperti melakukan senaman untuk menguatkan lagi daya tahan tubuh.
Sumber Tips Mencegah Penyakit Kanser - Food To Prevent Cancer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.