Soya Penyebab Barah.
Salam.
Kita sering digembar-gemburkan tentang kebaikan kacang soya sebagai makanan yang baik untuk tubuh kita. Produk-produk kesihatan juga ada yang menjadikan soya sebagai ramuan asas. Begitu juga susu formula untuk bayi yang berasaskan soya sebagai alternatif kepada susu lembu formula. Ditambah pula Amerika Syarikat sebagai pengeluar soya utama dunia, maka kempen2 tentang kebaikan soya tentunya hebat.
Maklumat tentang bahaya kacang soya ini didasarkan kepada
penemuan yang dibuat oleh ketua pegawai perubatan United Kingdom dan Persatuan
Pemakanan British. Phytoestrogens di dalam kacang soya adalah penyumbang utama
terhadap kesan2 buruk soya. Di antara penemuan2 mereka mendapati phytoestrogens
di dalam kacang soya meningkatkan risiko barah payudara dan menyusutkan
kesuburan lelaki.
Penemuan ini disokong oleh Kementerian Kesihatan Israel, yang
melarang penggunaan susu formula bayi berasakan soya dan menasihatkan rakyat
Israel supaya menghadkan pengambilan makanan berasaskan soya. Kita ketepikan
dulu isu kebiadaban mereka terhadap bangsa lain, yang perlu diketahui bahawa
bangsa Israel sangat menitik beratkan perihal pemakanan mereka.
Rujukan:
http://ntp.niehs.nih.gov/ntp/ohat/genistein-soy/pubcomm/Soy_Information_Service.pdf
http://test4ph.com/Articles/Soy%20Is%20No%20Health%20Food.pdf
http://www.westonaprice.org/soy-alert/bad-news-for-soy-industry
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.