Kualiti
terjamin, pilihan terbaik dalam diet pemakanan
PENGAMBILAN makanan organik semakin mendapat sambutan di negara ini selepas promosi dijalankan sejak 1980-an mengenai kebaikan dan khasiatnya. Tidak mustahil jika ada yang sanggup mengubah corak pemakanan demi mencapai kesihatan menyeluruh. Berbeza di Barat, khususnya di Eropah penggunaan produk organik bukan perkara baru kerana industri berkenaan sudah mencapai lebih 60 tahun. Berbeza di Malaysia kesedaran itu berputik sejak beberapa tahun lalu dengan pelbagai produk makanan organik mudah dibeli di pasar raya atau ada kedai khas menjual produk berkaitan. Fenomena ini memberi gambaran pembeli sudah semakin bijak mengawal diet pemakanan bagi menjamin kesihatan diri dan keluarga.
Anda mungkin tertanya-tanya mengapa ramai orang ‘berubah haluan’ dengan mengambil makanan organik. Makanan organik adalah makanan yang melalui proses pertumbuhan secara semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia seperti racun yang mampu mengelak penyakit pada tumbuhan atau haiwan, tanah yang dicampurkan bahan kimia juga untuk meningkatkan kesuburan tanah dan sebagainya. Makanan organik boleh diambil semua individu tanpa perlu ragu-ragu mengenai kandungan bahan asing yang boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan. Pengurus Jaminan Kualiti Pureharvest, Micheal Ockers, berkata makanan organik adalah pilihan terbaik di samping pengambilan produk semula jadi kerana kualitinya terjamin selain bebas daripada penggunaan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan.
Jelasnya, menerusi penghasilan rangkaian produk
makanan organik, proses pertanian dilakukan tanpa menggunakan bahan kimia
seperti racun herba, racun perosak, racun kulat atau baja dan sekali gus tidak
memberi kesan kepada kemusnahan alam sekitar.
Kaedah pertanian juga menggabungkan teknologi sedia ada, baru dan penyelidikan saintifik demi keseimbangan ekosistem. Berbekalkan udara, tanah dan air yang bersih, produk organik yang dihasilkan benar-benar asli serta berkhasiat. “Pureharvest adalah pengeluar utama produk makanan organik dan semula jadi di Australia, termasuk susu, soya, madu, jus, keju dan banyak lagi. Kesemua rangkaian makanan organik dihasilkan selamat dan bermutu menerusi amalan penanaman serta pengeluaran yang mesra alam sekitar.
Kaedah pertanian juga menggabungkan teknologi sedia ada, baru dan penyelidikan saintifik demi keseimbangan ekosistem. Berbekalkan udara, tanah dan air yang bersih, produk organik yang dihasilkan benar-benar asli serta berkhasiat. “Pureharvest adalah pengeluar utama produk makanan organik dan semula jadi di Australia, termasuk susu, soya, madu, jus, keju dan banyak lagi. Kesemua rangkaian makanan organik dihasilkan selamat dan bermutu menerusi amalan penanaman serta pengeluaran yang mesra alam sekitar.
“Ini secara tidak langsung menyokong matlamat kami
untuk menjadikan penanaman organik sebagai satu cara terbaik dalam menghasilkan
produk yang bukan saja sihat, bahkan mendatangkan manfaat kepada bumi. “Pertanian
dan pengeluaran makanan organik yang bebas daripada ancaman penggunaan bahan
berbahaya turut membantu mengurangkan toksin dalam tanah, udara, air dan badan
kita di samping menawarkan pelbagai manfaat,” jelasnya sebelum sesi lawatan
penghasilan produk organik di kilang Pureharvest, Victoria, Australia,
baru-baru ini.
Lawatan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Victoria
Australia ini bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai industri tenusu
Victoria sekali gus merintis jalan bagi menjalin pakatan masa depan antara
Victoria dan negara ASEAN. Turut menyertai rombongan sepanjang lima hari itu
adalah wakil dari Indonesia dan Thailand. Terdahulu, semasa menjelaskan lanjut
mengenai produk yang dihasilkan, Ockers berkata Pureharvest sering berusaha
untuk mendapatkan sumber dan menggunakan bahan semula jadi dan organik bermutu
tinggi untuk semua produk. Makanan organik yang dihasilkan juga adalah
berdasarkan piawaian pengeluaran yang dikawal ketat untuk menjamin mutu makanan
berkenaan.
“Lihat saja produk tenusu organik yang diketengahkan, ia dibuat daripada bahan semula jadi daripada ladang ke akhir peringkat pemprosesan, sehinggalah sampai ke meja makan pengguna dalam keadaan yang paling semula jadi. Di samping rasanya yang asli dan segar, cita rasanya yang pelbagai mengikut keperluan pembeli juga memudahkan amalan sihat yang dirancang.
“Lihat saja produk tenusu organik yang diketengahkan, ia dibuat daripada bahan semula jadi daripada ladang ke akhir peringkat pemprosesan, sehinggalah sampai ke meja makan pengguna dalam keadaan yang paling semula jadi. Di samping rasanya yang asli dan segar, cita rasanya yang pelbagai mengikut keperluan pembeli juga memudahkan amalan sihat yang dirancang.
“Seperti rangkaian susu Organic Dairy Milk yang diedarkan, sumber tenusu yang dihasilkan lembu kami adalah seratus peratus bebas daripada pengambilan sumber awet kerana diet diberikan adalah menepati keperluan vegetarian apatah lagi tiada rangsangan hormon dikenakan terhadap lembu-lembu kami bagi proses penghasilan susu. “Perkara sama juga tidak mengecualikan rangkaian produk lain termasuk pilihan bukan produk tenusu seperti jus, minyak kacang, jem, madu dan bijirin serta buah-buahan kering yang diedarkan adalah 100 peratus bebas bahan kimia,” jelasnya sebelum menamatkan perbincangan.
INFO: Kebaikan produk organik:
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kandungan antioksidan dalam makanan organik 30
peratus lebih tinggi berbanding makanan yang menggunakan proses bahan kimia.
Ini secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan
kanser.
Kandungan
nutrien yang tinggi
Kandungan nutrien untuk makanan organik tinggi
berbanding makanan yang diproses. Lebih teruk jika makanan yang diproses itu
ditinkan kerana bahan kimia untuk pembuatan tin sebenarnya akan menurunkan lagi
khasiat sesuatu makanan itu.
Lebih
bersih
Makanan organik jauh lebih bersih kerana ia melalui
proses secara semula jadi. Walaupun bahan kimia mampu menyuburkan,
mencantikkan, mengelak tumbuhan atau haiwan daripada penyakit dan sebagainya
tetapi bahan kimia yang digunakan memberi kesan terhadap khasiat sesuatu
makanan itu.
Bebas
racun dan bahan kimia
Makanan organik antara yang terbaik untuk diambil
kerana ia bebas daripada sebarang racun atau bahan kimia yang boleh
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan badan. Ia juga diambil semua individu
tanpa perlu berasa ragu mengenai kandungan bahan asing yang boleh membawa kesan
buruk kepada kesihatan.
Simpan
nutrien
Di samping kaya vitamin, garam galian dan serat,
makanan organik turut berupaya menyimpan nutrien untuk jangka masa yang lebih
lama. Ia juga dikatakan menjadi pilihan utama chef profesional dalam
menyediakan hidangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.