Oleh Mohd Jamilul Anbia Md
Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/05/27
anbia@hmetro.com.my
2010/05/27
DAMANSARA: Impian
segelintir wanita mahu kelihatan cantik dalam tempoh singkat boleh bertukar
menjadi igauan ngeri apabila sejenis produk kosmetik terkemuka jenama tempatan
yang dijual di pasaran dikesan mengandungi kimia beracun tretinoin.
Produk
kosmetik itu didakwa dihasilkan menerusi kepakaran pengusaha tempatan
sebaliknya hanya pembohongan semata-mata kerana siasatan pegawai Bahagian
Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ia
diseludup masuk dari Filipina secara besar-besaran.
Malah
produk terbabit yang dipasarkan ahli perniagaan Bumiputera didapati cuba
menipu pengguna apabila sengaja diuar-uarkan sudah memperoleh kelulusan KKM selain
mendapat perakuan sijil halal daripada badan tertentu.
Pendedahan
mengejutkan itu dinyatakan Pengarah Penguat kuasa Farmasi KKM, Mohd Hatta Ahmad
selepas melakukan serbuan di sebuah gudang di Bandar Pinggiran Subang, di sini,
semalam. Dalam operasi jam 11.30 pagi, sepasukan pegawai penguat kuasa Farmasi
KKM disertai Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim, bertindak menyerbu
gudang yang digunakan syarikat pengimport untuk menyimpan bekalan produk
kosmetik berjenama terkenal itu.
Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan seorang wanita berusia 30-an dipercayai penyelia gudang berkenaan bersama beberapa pekerja lain sedang sibuk melakukan tugas membungkus produk kosmetik yang dijual secara pakej tiga dalam satu.
Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan seorang wanita berusia 30-an dipercayai penyelia gudang berkenaan bersama beberapa pekerja lain sedang sibuk melakukan tugas membungkus produk kosmetik yang dijual secara pakej tiga dalam satu.
“Siasatan
mendapati syarikat milik bukan Bumiputera itu bertanggungjawab menjadi pengimport
produk kosmetik beracun dari Filipina sebelum dibekalkan kepada sebuah syarikat
Bumiputera yang memasarkan produk kosmetik menggunakan jenama terkemuka.
“Namun
akibat panik selepas menyedari diserbu pegawai farmasi, penyelia wanita
terbabit hilang pertimbangan lalu menuduh pegawai penguat kuasa farmasi cuba
memeras ugutnya. Malah dia mendakwa diganggu secara seksual sedangkan terdapat
ramai pegawai penguat kuasa wanita yang menyertai serbuan itu,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati produk krim malam yang dijual dengan harga sekitar RM16 itu mengandungi kimia berbahaya tretinoin.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati produk krim malam yang dijual dengan harga sekitar RM16 itu mengandungi kimia berbahaya tretinoin.
“Susulan
itu, pegawai KKM merampas produk itu lebih 15,000 kotak dengan anggaran nilai
pasaran kira-kira RM344,000,” katanya.
Menurutnya, produk kosmetik yang mengandungi kimia tretinoin itu dianggap berbahaya apatah lagi jika kandungan kimianya terlalu tinggi sehingga boleh mendatangkan barah kulit.
Menurutnya, produk kosmetik yang mengandungi kimia tretinoin itu dianggap berbahaya apatah lagi jika kandungan kimianya terlalu tinggi sehingga boleh mendatangkan barah kulit.
“Kimia
ini diharamkan penggunaannya kerana mempunyai kesan sampingan seperti rasa
terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam
bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya lampau ungu.
“Malah
lebih ditakuti apabila krim produk kosmetik dirampas ini mengandungi
sehingga lebih lima peratus kimia tretinoin di dalamnya. Saya bimbang jika kesan
jangka panjang boleh menyebabkan wanita yang menggunakannya berisiko terkena
barah kulit,” katanya.
Menurutnya,
pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan sesuatu produk sekiranya
berasa kesan pedih atau kulit muka menjadi
kemerah-merahan selepas memakainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.