Mereka sebenarnya ketawakan kamu
Sabda
Nabi : Allah tidak melihat rupa kamu atau bagaimana kamu berpakaian tetapi
Allah terus melihat ke dalam hati kamu! Hari ini susah untuk kita lihat manusia
bergelar manusia yang baik hati. Saya
pernah pergi mengikuti ceramah rawatan paliatif di salah sebuah hospital
terkemuka ibukota di tanah air .... Ramai manusia tidak mengingati mati atau
membuat persediaan sepatutnya..
Doktor
penceramahnya (seorang pakar paliatif) yang berceramah di bawah sungguh bodoh
juga serupa dengan jururawatnya juga masing masing amat amat bodoh kerana
menempelak pesakit kanser seperti anda ....
Contohnya,
jururawat yang duduk di depan saya ketawa terbahak bahak .... Sampai nak
terkeluar isi perut masing masing melihatkan seorang doktor pakar paliatif
mengajukkan wajah rupa bentuk muka pesakit kanser yang berada di ambang maut
... !!! Buktinya jururawat yang duduk di
depan saya tidak tajan menahan geli hati ketawa dengan menghentak hentakkan
kakinya banyak kali ke podium .... Satu auditorium telah gamat .... Namun ada
juga yang mendiamkan diri tetapi jumlahnya sanagt sedikit. Dewan auditorium
amat gegak gempita dibuatny aoleh riuh rendah hilai tawa jururawat dan
doktornya yang tiada peri kemanusiaan ... Dimanakah hilangnya sumpah hipocrates
yang mereka agung agungkan dulu ???
Malangnya
mereka tidak sedar dan juga tidak tahu bahawasanya ada pesakit kanser yang juga
sedang mendengar hilai tawa serta melihat perangai sebenar mereka berhubung
dengan merawat pesakit kanser seperti anda sekalian... Orang itu adalah saya
sendiri dan hari ini saya beritau anda sekalian dengan coretan yang tidak
seberapa ini ....
Mengapa
mereka ketawa sambil hentak-hentak kaki? Ya benar, mereka merawat anda tanpa
kasih sayang tidak pedulikan untung nasib pesakit kanser seperti anda sehinggalah
diri mereka sendiri terkena kanser barulah mereka dapat memahami serta
menyelami penderitaan, kesakitan, kesusahan, kegetiran, keperitan serta kepayahan
hidup yang dialami pesakit kanser dengan sendirinya ...
Apa
yang buat mereka ketawa adalah sebenarnya doktor pakar paliatif dibawah
mengajuk mimik muka pesakit kanser yang hendak mati ....
seperti
jadual di bawah
Mimik
Muka Pesakit Kanser
|
Jangak
Hayat Pesakit
|
O
Sign
|
Pesakit
kanser ada beberapa hari lagi untuk hidup
|
Q
Sign
|
Pesakit
kanser ada beberapa hari lagi untuk hidup
|
Gasping
Sign
|
Pesakit
kanser cuma ada beberapa jam saja lagi untuk hidup
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.