Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percaya mereka 10


8,000 orang pesakit doktor gigi mungkin dapat HIV


MyMetro

DENVER: Seorang doktor gigi yang digantung lesen mungkin mendedahkan ribuan pelanggan kepada jangkitan HIV dan hepatitis kerana dia mengitar semula peralatannya.

Jabatan Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Colorado berkata, kira-kira 8,000 pelanggan Stephen Stein dinasihat menjalani ujian kesihatan dengan segera.

Jabatan terbabit juga menghantar surat kepada semua pelanggan Stein untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

Perbuatan Stein terdedah apabila penyiasat menemui bukti dia menggunakan semula jarum dan picagari di dua kliniknya antara September 1999 dan Jun 2012.

Kenyataan jabatan itu menyebut, amalan berkenaan bercanggah dengan protokol perubatan standard.

“Ia terbukti menyebarkan jangkitan,” katanya.

Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mendapat pengesahan mengenai sebarang kes membabitkan jangkitan berbahaya dari klinik Stein. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/15

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.