PUCHONG
- Orang ramai, terutama wanita yang gemar mengambil produk melangsingkan badan
berasaskan buah-buahan, diminta berwaspada kerana disahkan mengandungi bahan
kimia beracun, sibuteramine.
Difahamkan produk berkenaan memberi kesan buruk kepada saraf otak jika diambil secara berterusan, meskipun ia berkesan dan membantu mengurangkan berat badan. Perkara itu didedahkan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang membuat serbuan ke atas sebuah syarikat produk kesihatan di Bandar Puteri Puchong di sini, serentak dengan semua stokis di seluruh negara.

Timbalan
Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, ratusan ribu paket minuman
pelangsingan yang dikeluarkan syarikat berkenaan bernilai setengah juta ringgit
dirampas, selepas pihaknya menerima aduan daripada Persatuan Pengguna Negeri
Sembilan sebulan lalu.
"Syarikat
berkenaan membuat pembungkusan semula, termasuk menukar bentuk dan nama produk,
dengan alasan penambahbaikan. "Bagaimanapun, selepas produk itu dihantar
ke makmal kimia untuk diuji, ternyata mereka masih mengekalkan kandungan racun
terbabit," katanya.
Menurutnya,
syarikat yang sudah beroperasi lebih setahun itu mempunyai puluhan stokis di
seluruh negara, selain pengguna tetap yang meyakini keberkesanannya tanpa
mengetahui mereka terdedah kepada bahaya racun.
Sumber
: Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.