Doktor Seleweng
Di
zaman manusia rakus sekarang, berbagai bagai perkara yang anda fikir tak
munasabah terjadi pun boleh terjadi. Inilah zaman manusia rakus apabila wang
ringgit menjadi tuhan, manusia takut mati, melebihkan dunia daripada akhirat
yang abadi.
Ada
satu cerita sebuah klinik swasta di XXXXX. Diceritakan kepada saya doktornya
menjawab dengan kasar kepada seorang pakcik… Perbualan lebih kurangnya… Pakcik
itu meminta ubat tahan sakit dari seorang doktor muda yang membuat locum di
klinik itu. Apabila ditanya pakcik tu kenapa Doktor Muda Melayu ini keberatan
memberinya ubat, lalu doktor muda itu menjawab…. Nah pakcik, pakcik makanlah
ubat ini sampai pakcik mati! Terkedu orang tua tu…Ha. Ha. ha… kita ditertawakan
oleh orang yang ingin melihat kita hancur iaitu bangsa Yahudi. Inilah jadinya
apabila orang Melayu berpaling dari agama, dan hanya mendombakan ilmu hanya
untuk kepentingan dunia…
Ada
juga ceritanya begini: seorang doktor lokum yang tak memeriksa langsung pesakitnya
tetapi sekadar bertanya apa sakit sambil membaca suratkhabar. Selepas
diberitahu oleh kawan saya anaknya sakit demam batuk selsema, lalu doktor puaka
ini menuliskan dalam bukunya lalu menyuruh kawan saya beredar keluar… Tak
periksa pun… Kerja tak nak tapi duit locum nak pulak….
Ada
juga cerita yang begini ( Diceritakan sendiri kepada saya dari kawan saya
seorang doktor berjiwa bersih lagi
penyayang dari pengalaman beliau membuat lokum di klinik swasta serata negara ):
Untuk menjimatkan perbelanjaan klinik swasta, langkah-langkah berikut boleh
dipraktikkan kerana anda sebagai pesakit bukannya tahu apa pong yang berlaku di
dalam klinik swasta itu….. He he heh….
- Suhu
bilik peti sejuk tidak dikekalkan antara 2ºC – 4ºC lalu menyebabkan vaksin
DPT Hib, meningococcal, tetanus, typhim dan lain2 jenis vaksin rosak.
- Staf
Klinik suka membuka tutup peti sejuk bagi menyimpan air minuman atau
makanan mereka.
- Menggunakan
semula benang jahit selepas menjahit luka mangsa kemalangan. Apabila hanya
satu atau tiga jahitan dipakai, benang yang masih tinggal masih panjang.
Menjadi kerugian jika benang ini dibuang lalu ia dipakai semula walaupun
telah menyalahi etika kedoktoran. ( Benang = Cat Gut atau rayon atau silk
suture ).
- Menggunakan
semula sarung tangan.
- Sarung
tangan digunakan bagi meletakkan alat perancang Copper T ke dalam Rahim.
Sepasang sarung tangan berharga RM2.50 dan rugi kalau menggunakan sarung
tangan baharu.
- Ubat
yang telah luput tarikh jika masih tidak berlengas, masih kering, masih
handsome, mantap dan tegap masih boleh digunakan…. Agak2nya kalau pada
anak dia sendiri dia tak nak bagi tetapi kepada anak anda, selamba je
doktor ni bagi ubat dah luput tarikh. Yang memantau perkara ini adalah
unit Kawalan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, tapi selalunya hanya ada
2 anggota saja kat Jabatan Kesihatan Negeri untuk pantau ribuan klinik
swasta dalam negeri…. Mana boleh cope beb..
- Tidak
menggunakan autoclave bagi mensteril peralatan. Penggunaan periuk dandang
berketekanan tinggi memerlukan belanja letrik yang besar. Jadi memadailah
sahaja dengan merenjis air di bawah laluan air bagi peralatan meletakkan
copper T dalam Rahim, peralatan pergigian atau peralatan berkhatan kanak
kanak.
- Tidak
menukar jarum bagi mencucuk jari semasa ujian rawak gula ( Random Blood
Sugar ) – ini mendedahkan pesakit kepada penyakit HIV AIDS dan Hepatitis B
!!!
- Menggunakan
semula syringe selepas mencucuk ponggong orang – Syringe yang telah
mencucuk ponggong pesakit lain ditanggalkan dan syringe ini boleh
digunakan semula sebagai penyukat ubat bayi kecil. Ia dilakukan oleh staf
doktor dan staf ini mendakwa beliau telah banyak kali terkena tusukan
jarum akibat diarahkan mebuka jarum dari syringe yang banyak ….
- Mempraktikkan
pengguguran haram - lagi singkat
usia kandungan lebih mudah melakukan pengguguran… duit pun mantap iaitu
paling murah pun RM 400 sekali gugur.
- Dulu
ada dalam suratkhabar keluar alkisah SPM Gred 4 Aliran Sastera pun boleh
jadi doktor… Tak ada sijil SPM pun sekarang dah boleh jadi doktor!!!.
Kebenaran hal ini boleh anda ketahui sendiri jika anda pergi ke KKM Jln
Chenderasari KL, bahagian Amalan Tahunan Pegawai Perubatan, jumpa kerani bahagian
Lesen Amalan Tahunan Pengamal Perubatan, tanya je kerani yang jaga tu
bahawa kelulusan kerani tu kadang kadang jauh lebih baik dari kelulusan
Doktor yang diberi lesen Pengamal Perubatan!
- Ada
juga kes pemilik klinik swasta yang menggaji pembantu perubatan membuat
lokum!
Nah
sekarang kita telah perhatikan serta dapat membuktikan betapa manusia boleh
tewas oleh duit atau mengejar dunia…
Nota: Berhati hati ketika anda pergi ke doktor swasta… Kepada doktor
doktor yang tidak termasuk dalam kategori diceritakan diatas, yang bekerja
dengan penuh ikhlas dan bukan bekerja sebab untuk beli BMW dan Mercedes Benz jangan
ambil hati, sebaliknya tahniah atas anda kerana beretika, amanah, berlaku lurus
semasa menjalankan tugas. Semoga anda dirahmati Allah dan mendapat rezeki yang
Halal.
Pssst: Artikel di atas sebenarnya telah ada ku ujudkan pada tarikh 15 12
2011 dan telah dipadamkan BUKAN olehku. Siapa yang memadamnya sudah tentu
berkebolehan di dalam IT. Hari ini ia diterbitkan semula bagi menjadi
pengajaran kepada kita semua !!! hidup ini sekejap aja. Entah esok, entah lusa
, entahkan sekejap lagi, kamu akan mati! Jadi tak payahlah padamkan atau sabotaj
blog orang lain yang memberi faedah kepada manusia lain. Terima kasih atas
kerjasama tuan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.