Ahad, 7 April 2013

Bolehkah kita percaya mereka 19

 


 

Gambar tersebut telah dikongsikan di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia dimana seorang bayi kecil di dalam inkubator telah mengalami pendarahan di bahagian kakinya dan kejadian dikatakan berlaku di salah sebuah hospital kerajaan di utara tanah air. Seorang lelaki mendakwa isterinya telah bertanya kepada jururawat di hospital terbabit tetapi yang membuatkan beliau dukacita adalah jawapan yang telah diberikan oleh jururawat tersebut yang seolah-olah menyalahkan bayi yang tidak tahu apa-apa itu bergerak-gerak sehingga menyebabkan kakinya berdarah.

Setakat ini tiada komen yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Selalu kita dengar komen kalau tak suka hospital kerajaan, pergilah hospital swasta.. Respon seperti ini bukan baru tetapi sudah lama kita dengar. Tapi adakah penjawat awam dibayar gaji untuk menghalau orang yang tidak berkemampuan contohnya dari pergi untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan? Ya, walaupun kita semua tahu bayaran yang dikenakan oleh hospital kerajaan adalah murah, tetapi adakah wajar perkhidmatan yang diberikan ala kadar juga? Akhirnya, anak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.