Doktor
Cabul
3 Jun 2013
IPOH - Seorang doktor
mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan
mencabul kehormatan seorang ahli perniagaan wanita di Poliklinik Simpang Pulai,
pada 22 Mei lepas.
Dr T.A Alagaratnam
Sivarajah, 63, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul
kehormatan wanita berumur 50 tahun itu di alamat No. 63, Persiaran Sengat Baru
Dua, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi dan 12 tengah
hari. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua,
jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya
Nadiah Isa meminta mahkamah mengenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin,
bagaimanapun peguam K. Nahtan yang mewakili Dr Alagaratnam memohon jaminan
dikurangkan dengan alasan tertuduh sudah mengusahakan kliniknya sejak 18 tahun
lalu, selain menetap dan mempunyai keluarga di sini. Majistret Nur Syafiqah
Noorinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan
menetapkan 4 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.
Doktor didakwa cabul wanita 50 tahun
IPOH – Seorang
doktor perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan
mencabul kehormatan seorang wanita berusia 50 tahun di kliniknya dua minggu
lalu. Tertuduh, Dr. T. A. Alagaratham Sivarajah, 63, didakwa melakukan
perbuatan tersebut ke atas ahli perniagaan wanita itu sewaktu mangsa berada di
Poliklinik Simpang Pulai, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul
11.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 22 Mei lalu.
Berdasarkan fakta
kes, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan terhadap mangsa dengan niat
mencabul wanita itu. Semasa kejadian Alagaratham yang berada di dalam bilik
rawat bersama mangsa dituduh memeluk pinggang, mencium bibir dan menyelak baju
mangsa sehingga menampakkan pakaian dalam.
Sebelum itu, ahli
perniagaan itu sedang menguruskan beberapa pekerja asing untuk menjalani
pemeriksaan Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di
klinik milik Alagaratham. Wanita itu menceritakan kepada suaminya mengenai
kejadian itu lima hari kemudian sebelum membuat laporan polis.
Doktor-mengaku-tidak-bersalah-dakwaan-cabul-ahli-perniagaan
Doktor mengaku tidak bersalah dakwaan cabul ahli perniagaan
IPOH 3 Jun - Seorang doktor
perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas
tuduhan mencabul kehormatan seorang ahli perniagaan semasa mangsa membawa
beberapa pekerja asing untuk pemeriksaan perubatan di kliniknya bulan lalu.
Dr. T.A. Alagaratnam Sivarajah, 63,
didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap wanita berusia 50 tahun itu
dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa antara pukul 11.30 pagi dan 12
tengah hari, 22 Mei lalu. Kejadian itu didakwa berlaku di Poliklinik Simpang
Pulai di alamat No. 63, Persiaran Sengat Baru Dua, Taman Bersatu, Simpang Pulai
di sini.
Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan
Pendakwa Raya, Nadiah Isa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua
daripada seksaan itu. Majistret Nur Syafiqah Noorinda membenarkan tertuduh
diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 4
Julai ini.
Terdahulu, peguam bela, K. Nahtan
memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan RM8,000 yang dicadangkan oleh
Nadiah kepada RM5,000 dengan alasan tertuduh sudah mengusahakan kliniknya sejak
18 tahun lalu. Nahtan juga menyatakan, anak guamnya menetap dan mempunyai
keluarga di sini. Mangsa bersama suami serta beberapa ahli keluarganya turut
kelihatan di pekarangan mahkamah semasa tertuduh didakwa.
Pada 30 Mei lalu, ahli perniagaan
wanita itu mengadakan sidang akhbar mendakwa menjadi mangsa cabul seorang
doktor yang dikenalinya selama 20 tahun di sebuah klinik di Simpang Pulai pada
22 Mei lalu. Ibu kepada empat anak itu mendakwa kejadian berkenaan berlaku
semasa dia membawa beberapa pekerja asing untuk pemeriksaan Agensi Pengawasan
Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) di situ.
Mangsa mendakwa, perbuatan sama
pernah cuba dilakukan doktor terbabit terhadapnya tahun lalu tetapi tidak
berjaya. Namun dia masih pergi ke klinik itu kerana kemudahan yang lengkap
disediakan untuk urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing dan lokasi yang
berhampiran dengan kediamannya. Wanita itu mendakwa, disebabkan trauma, dia
hanya membuat laporan mengenai kejadian tersebut lima hari kemudian di Balai
Polis Simpang Pulai sebaik sahaja kejadian itu diceritakan kepada suaminya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.