Sabtu, 6 Julai 2013

Rawatan tradisional Cina mampu sembuhkan pesakit kanser


Rawatan tradisional Cina mampu sembuhkan pesakit kanser

Kajian di China menunjukkan 50 peratus daripada 800 pesakit sembuh selepas dirawat dengan perubatan ini, kata Wong

KUCHING: Presiden Malaysian Anti Cancer Society (MACA) Profesor C.C Wong memberitahu, kaedah rawatan tradisional Cina mampu menyembuhkan pesakit kanser. Menurut beliau, beberapa kajian telah dijalankan di tanah besar China yang menunjukkan 50 peratus daripada 800 pesakitnya sembuh selepas dirawat dengan perubatan tradisional Cina.

“Kami di MACA sejak penubuhannya Mei lalu, berjaya menyembuhkan pesakit-pesakit kanser payudara dan kolon yang ramai dihidapi pesakit di negara ini,” katanya ketika mempengerusikan sidang media mengumumkan sambutan Ulang Tahun Ke-15 The Sarawak Chung Hua Institute of Chinese Medicine di sini semalam.

Beliau mempercayai 75 peratus rakyat Sarawak mempercayai kaedah rawatan tersebut selepas ini. Pihaknya turut mengakui kaedah rawatan tradisional itu perlu mendapat gabungan perubatan barat yang moden dan pati semula jadi adalah kaedah menggunakan sayuran, buah-buahan dan detoksifikasi sebagai proses penyembuhan.

“Sebanyak lima peratus sel di dalam badan seseorang manusia mempunyai peluang mendapat kanser, bagaimanapun ia bergantung kepada kekuatan tubuh seseorang bagi melawannya,” kata Wong. Menurut Wong, kebanyakan perubatan menggunakan herba tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak dan pihak MACA yang telah didaftarkan dengan ROS juga membantu memberikan perubatan percuma kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Pada masa yang sama, The Sarawak Chung Hua Institute of Chinese Medicine akan menyambut Ulang Tahun Ke-15 dengan menganjurkan ceramah berkaitan kanser dan Majlis Makan Malam Tahunan pada 6 Februari di Mandarin Restaurant di Jalan Song Thian Chok. Tajuk ceramah kanser ‘21st Century Revolutionary Non-Invasive Cancer Therapy’ akan dibentangkan oleh Dr Lim Eng Huat yang juga pakar antikanser negara.

Ceramah dalam bahasa Inggeris akan diadakan pada jam 4 hingga 5 petang dan bahasa Cina pada 5 hingga 6 petang dan terbuka kepada orang ramai secara percuma. Manakala majlis makan malam tahunan akan dimulakan pada jam 6.30 petang pada harga RM300 semeja dan tempahan boleh dilakukan dengan menelefon Wong di talian 082-253326 atau 0168981368/0128800790.

Orang ramai juga boleh melayari laman sawang MACA di www.cancermalaysia.org untuk keterangan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.