Penawar
Kanser Ditemui
Penyelidik di
Universiti of Alberta, Edmonton, Kanada baru-baru ini telah berjaya menemui
penawar penyakit kanser. Malangnya, kejayaan tersebut tidak menarik sebarang
minat mana-mana pihak terutamanya syarikat-syarikat farmaseutikal utama di
dunia dan juga media.
Penawar tersebut
menggunakan kaedah yang amat mudah dengan ubat yang sangat asas – menggunakan
dichloroacetate iaitu ubat yang digunakan untuk merawat gangguan metabolik.
Dipercayai tiada kesan sampingan atau kesan jangka panjang lain.
Yang lagi best ialah
ubat itu tidak memerlukan paten. Jadi sesiapa sahaja boleh menggunakannya
secara meluas dan murah berbanding dengan ubat kanser yang mahal dihasilkan
oleh syarikat farmaseutikal utama.
Saintis Kanada telah
menguji keberkesanan dichloroacetate pada sel-sel manusia – ia membunuh sel-sel
paru-paru, payudara dan kanser otak dan meninggalkan sel yang sihat sahaja.
Ujian makmal juga dilakukan ke atas tikus yang dikenakan dengan tumor yang
teruk. Selepas diberikan dichloroacetate dalam makanan dan minuman, sel kanser
pada tikus mula menyusut.
Mitokondria
adalah sejenis sel yang wujud dalam tubuh manusia berfungsi untuk melawan
kanser. Bagaimanapun, sel ini perlu diaktifkan sebelum ia mampu untuk melawan
sel kanser. Proses pengaktifan Mitokondria dikenali sebagai apoptosis. Selama ini para saintis
berpendapat bahawa mitokondria (sel-sel melawan kanser) turut rosak dijangkiti
sel penyakit kanser. Justeru, mereka cuba menjadikan glikolisis, metabolik
semulajadi dalam tubuh manusia sebagai agen melawan sel kanser. Hasilnya kurang
berkesan dan membazir. Glikolisis tidak mampu melawan sel kanser daripada terus
merebak.
Syarikat
farmaseutikal besar dunia tidak berminat untuk melabur dan memperkenalkan
produk ini kerana tidak mendatangkan
keuntungan kepada mereka. Kaedah menggunakan dichloroacetate tidak boleh
dipatenkan (dihakmilikan) dan tanpa paten (hak cipta terpelihara) syarikat-syarikat
besar ini tidak boleh buat duit.
Peningkatkan
kesedaran dichloroacetate sebagai penawar kanser diharapkan menjadi inspirasi
kepada beberapa syarikat bebas dan penyumbang dana untuk mengambil idea ini dan
mula menghasilkan penawar tersebut secara meluas. Betapa manusia fikir mereka
hebat dengan mencipta itu dan ini tetapi Allah lagi hebat. Kanser satu penyakit
membunuh yang digeruni manusia dapat disembuhkan dengan kaedah mudah.
Kadangkala satu masalah besar dapat diselesaikan dengan cara dan kaedah yang
simple sahaja. Mati aje yang tak ade obatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.