KYOTANGO - Manusia paling tua di dunia, Jiroemon Kimura
menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-116 semalam. Beliau meninggal
dunia ketika pakar-pakar kesihatan melakukan kajian bagi mengetahui punca dia
dan sebilangan penduduk di sini dapat hidup bagi tempoh yang terlalu lama. Jumlah
penduduk di bandar ini ialah 60,000 orang.
Seorang pegawai pentadbiran bandar ini memberitahu, dia
tidak merokok dan akan berhenti makan apabila berasa hampir kenyang. Menurut
laporan media, dia minum minuman keras dengan kadar yang sederhana. Pegangan hidup Kimura ialah tidak kuat makan
dan hidup dalam tempoh yang lama.
Pakar-pakar di sini telah melancarkan satu projek
penyelidikan dalam usaha untuk mengetahui punca dia masih hidup. "Kami
mahu mengkaji tabiat pemakanan bukan sahaja melibatkan Kimura tetapi 50 lagi
warga emas yang berusia lebih 100 tahun di bandar ini," kata pegawai itu.
Menurutnya, Kyotango terletak d Kyoto. Beliau berkata,
bandar ini terletak dekat Laut Jepun dan banjaran gunung yang kaya dengan
makanan laut dan produk tenusu. Kami amat berminat untuk mengetahui makanan
tempatan yang mereka makan," katanya.
Pegawai itu berkata, pihaknya mahu mengetahui sama ada
makanan tersebut menjadi faktor yang menyebabkan golongan tua di sini hidup
dalam tempoh yang lama. Beliau berkata, pihak pentadbiran bandar ini juga
merancang untuk mengeluarkan buku resipi berdasarkan kajian itu. Menurutnya,
buku tersebut kemudian akan didedahkan pada satu simposium tentang rahsia umur
panjang pada November depan. "Kami mahu penduduk mengetahui rahsia umur
panjang tetapi ia juga bertujuan untuk menarik pelancong ke bandar ini yang
mempunyai ramai penduduk lanjut usia," katanya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.