Kampung miliki lebih 100 pasangan kembar
NEW DELHI -
Sebuah perkampungan terpencil di utara India menggemparkan pakar-pakar
kesihatan kerana memiliki lebih daripada 100 pasangan kembar, lapor akhbar
MailOnline kelmarin.
Fenomena itu
berlaku di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Mohammedpur Umari yang
terletak dalam wilayah Uttar Pradesh.
Kampung tersebut
dihuni oleh 6,000 penduduk. Lokasi itu tiada jalan raya yang sempurna, sekolah
atau pun hospital.
Namun, perkara
luar biasa berlaku apabila terdapat lebih daripada 100 pasangan kembar di
kampung tersebut sejak 50 tahun lalu.
Menurut beberapa
penduduk di perkampungan Dhumanganj yang terletak berhampiran Mohammedpur
Umari, bilangan kembar itu mungkin mencecah 200 pasangan jika terdapat sebuah
hospital di lokasi tersebut.
Lebih daripada 90
anak kembar yang dilahirkan dilaporkan meninggal dunia sejak kebelakangan ini
kerana kesukaran mendapatkan rawatan perubatan.
"Bayangkan
betapa indahnya jika semua anak kembar yang dilahirkan menetap di kampung
ini," kata seorang penduduk kampung Mohammedpur Umari, Mohammed Asif.
Perkampungan itu
mempunyai 80 peratus penduduk beragama Islam dengan 20 peratus lagi penganut
Hindu. Namun fenomena kelahiran kembar itu berlaku dalam kedua-dua komuniti
tersebut. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.