Ahad, 13 November 2011 (Mingguan Malaysia)
Pengasas Herba An-Naabat, Dr. Nurmawati Syakroni menyifatkan setiap herba
memiliki keistimewaan tersendiri.
"Di peringkat Sarjana Muda saya belajar
dalam bidang farmasi di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta (UGM) dan banyak
mempelajari jenis-jenis ubat sintetik dan fungsinya.
"Ketika melanjutkan pelajaran ke
peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan peringkat Doktor
Falsafah di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya telah merubah haluan dengan
membuat kajian dalam bidang herba sebagai ubat-ubatan alternatif.
"Kebetulan, saya sekeluarga juga jarang
mengambil ubat sintetik dari klinik, tetapi menggunakan dan menghasilkan
sendiri ubat daripada herba.
"Tahun demi tahun, saya telah
menghasilkan pelbagai ramuan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Semuanya
terjadi secara tidak langsung apabila rakan-rakan di kampus berkongsi masalah
kesihatan yang mereka hadapi.
"Dari
situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan herba bagi merawat penyakit yang
saya ramu dengan teliti berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah saya
dapatkan selama ini," ujarnya yang kini bertugas sebagai penyelidik di
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM
Serdang.
Mengulas lanjut tentang pengalamannya bersama
testimoni herba ramuannya, Dr. Nurmawati pernah membantu seorang kakitangan
makmal di UPM. Pada awalnya, beliau melihat wanita itu seperti letih dan tidak
bermaya.
"Apabila saya bertanya pada wanita
tersebut, ternyata dia menghidapi penyakit tekanan darah tinggi dan kolestrol
tinggi. Kemudian saya cuba membantu untuk menghasilkan ramuan herba bagi
merawat penyakit-penyakit tersebut. Dalam proses menyediakan setiap ramuan
selalu saya sertai dengan solat hajat agar diberi manfaat tanpa ada mudarat.
Selepas tiga minggu wanita itu menggunakan
ramuan yang saya sediakan, doktor menyatakan bahawa wanita tersebut bebas
kolestrol dan tekanan darah tinggi.
Bermula daripada ramuan Herba Turun Kolestrol
itulah, makin ramai yang mula mengenali saya dan berkongsi masalah kesihatan
mereka. Kini saya sudah menghasilkan 77 ramuan herba dengan jenama
An-Nabaat," jelasnya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi, Selangor
baru-baru ini.
Meskipun pengenalan Herba An-Nabaat hanya
'mulut ke mulut' dan sesekali menyertai ekspo di beberapa tempat, namun
sambutannya sangat menggalakkan termasuk dari Syarikat Sakmoto, Jepun.
Menurut wakil Sakmoto di Malaysia, Mohd Dali
Abdullah, selepas tsunami melanda Jepun dan alam sekitar mereka tercemar dengan
radiasi radio aktif, permintaan terhadap ubat-ubatan herba dari luar Jepun
terutama Malaysia semakin meningkat.
"Selepas mencuba beberapa produk Herba
An-Naabat dan melakukan perbincangan, pihak Sakmoto di Jepun berminat
mengadakan usaha sama bagi memasarkan herba tersebut di sana. Pada tahun
hadapan, pihak syarikat kami akan membawa Dr. Nurmawati ke Jepun untuk
meneruskan penyelidikan dan mengkomersialkan Herba An-Naabat di Jepun. Tahun
ini, Sakmoto telah menempah minyak kelapa dara dan minyak herba," ujar
Mohd Dali.
Ujarnya
lagi, pihak Sakmoto telah berbincang dengan Profesor Dr. Rozita Rosli bagi
pihak Institut Bio Sains (IBS), UPM, untuk menjadikan IBS sebagai Pusat Penyelidikan
Herba di Asia. Hasil penyelidikan tersebut akan turut dikomersial ke Jepun dan
Korea Selatan.
Kesemua ramuan herba tersebut diperolehi
daripada bahan-bahan alam semula jadi seperti akar-akar kayu dan
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia.
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
adawiyah.koh@utusan.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.