Beras tiruan sebabkan kanser
Pada
April lalu ada berita mengenai Negara China telah mengeluarkan Telur Tiruan
yang sangat membahayakan nyawa insan yang memakan telur tiruan terbabit. Untuk
mengetahui kandungan dan procedure bagi menghasilkan telur tiruan di Negara China
korang boleh buka sini.. Hati-hati!! Pastikan anda membeli
telur ayam yang ASLI !!!
Kini
muncul pula isu negara China telah menghasilkan sejenis beras yang dikatakan
hasil gabungan kentang, ubi dan plastik. Maklumat ini dipetik dari blog Anak Seberang. Mari baca maklumat tentang isu beras tiruan di
China yang dapat diperolehi.
Media Singapura melaporkan bahawa Negara China sedang
mengeluarkan beras palsu. Perusahaan makanan China telah terlibat selama
bertahun-tahun dengan pelbagai skandal yang melibatkan barang palsu atau
tercemar. Termasuk skandal susu pada 2008 juga isu hangat susu ditemui
mengandungi racun melamine. Melamine ditambah kerana sifatnya yang apabila
diuji menyerupai tindak balas protin. Melamine digunakan bagi menipu para
pengguna bahawasanya kandungan protin dalam susu bayi adalah tinggi dan
menepati piawaian yang ditetapkan!!
Seramai 290,000 orang bayi telah jatuh sakit dan melibatkan 11 kematian.
Sekarang ada laporan dari media Singapura bahawa China sedang mengeluarkan
beras palsu, yang dikatakan sangat berbahaya. Menurut Bahasa Korea “Hong Kong
Weekly” (juga dari rujukan website Vietnam), Media Singapura menyatakan bahawa
beras palsu sedang dihasilkan di kota China Taiyuan, di daerah Shaanxi. "asi”
ini merupakan gabungan dari kentang + ubi + plastik. Ia dibentuk dengan
mencampur kentang dan ubi kayu ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan
lagi bahan sintetik industri. Pejabat Restoran China Association mengatakan
bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini sama seperti makan satu kantung
plastik. Plastik mempunyai racun dioxin yang pasti boleh menyebabkan kanser!
Kerana masalah ini sangat serius, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan
kilang dijangka mengeluarkan beras. Sementara itu, kos beras palsu yang sangat rendah
menyebabkan peniaga berupaya membuat keuntungan yang lebih besar. Di Vietnam,
telah terdapat berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar,
sehingga ramai orang khuatir tentang jaminan keselamatan makanan.
Dah bermacam benda yang dicipta Negara China, setakat alat elektronik
itu tak pe lagi la sebab ada juga yang memberi kemudahan kepada kita dan harga
barangan China pun murah. Tetapi, tak pe tak pe pun ada juga kes2 alat
elektronik buatan China yang mudah meletup serta memudaratkan pengguna!!
Paling sedihnya makanan turut dipalsukan bagi mengaut untung
besar! Sememangnya ia menjadi masalah sangat besar kerana ia melibatkan kesihatan
pengguna. Di Malaysia, adakah beras kita masih bersih dan selamat..? Berapa
ekor bubuk ulat pemakan beras ujud dalam plastik beras? Berapa banyakkah antara
kita yang berfikir panjang ? Adakah tiada bubuk bermaksud ada racun kimia dicampur
dalam beras kita bagi menjauhkan ulat beras? Selamatkah racun kimia beras ini
dimakan?
Sumber Rujukan : http://www.ibnushukran.com/2011/09/awas-lepas-telur-tiruan-kini-beras.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.