Hobi Doktor Intai Wanita Berbogel
LONDON: Seorang doktor yang merakamkan secara
rahsia imej teman sekerjanya berbogel didapati bersalah atas tiga tuduhan di
mahkamah dan dibatalkan pendaftaran amalannya, lapor media semalam. Pakar
kardiologi, Vivek Baliga, berdepan tuduhan menggunakan kamera video untuk
mengintip dua wanita teman sekerjanya. Menurut pertuduhan, Baliga, 33,
mempelawa seorang doktor wanita dan teman lelakinya datang ke rumah ketika itu
dia menetap di Leeds. Ketika menggunakan bilik mandi di situ, wanita terbabit
berasa curiga apabila melihat beberapa kotak menghadap tingkap yang ada di
situ. Selepas memeriksanya, doktor wanita itu mendapati ada peralatan perakam
disembunyikan dalam kotak berkenaan. Dia kemudian membuat aduan kepada polis
dan selepas diperiksa, lebih banyak imej ditemui tersimpan dalam komputer
Baliga. Antara imej yang ada, doktor wanita sama mandi di rumahnya sendiri,
serta seorang lagi doktor wanita yang sedang menggunakan tandas juga di
rumahnya. Baliga yang ketika itu melanjutkan pengajian peringkat doktor
falsafah dalam kajian kardiologi, dihukum menjalani khidmat komuniti selama
tiga tahun. Dia juga diarah mengambil bahagian dalam program rawatan pesalah
seks. Hakim Scott Wolstenholme berkata, tingkah laku Baliga sebagai “menjijikkan
dan keji.” Panel Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan berkata, mereka
mendapati perbuatan Baliga tidak melayakkannya terus menjadi doktor. “Kesalahan
yang disabitkan ke atas kamu serius dan dibuat untuk kepuasan seksual sendiri.
“Ia dilakukan secara terancang, berulang dan dalam tempoh lama,” katanya.
Justeru, kata panel itu, ia tidak dapat diterima sebagai perbuatan seorang
pengamal perubatan. - DM
sumber : harian Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/Kemaruklihatrakanberbogel/Article/
Senyum Kambing: boleh ke kita percaya kat doktor zaman la ni??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.