Hanya Allah yang mengetahui, 40
hari selepas kembali menunaikan Haji pada tahun 2009, bengkak di bahagian kanan
payudara saya pecah! Pada awalnya saya tidak menyedari ia adalah kanser
payudara yang sangat ditakuti oleh kaum wanita.
Pendarahan
keluar bercucuran, sakit dan denyut-denyutan terasa seperti hiris dihiris.
Kejadian berlaku 23 Januari 2010. Waktu itu saya tidak terfikir apa-apa untuk
rawatan ke hospital. Apa yang saya fikir hanya menyebut: "Ya Allah, kau
tahu aku sakit, tolonglah aku.'' Jika ke hospital pastinya patologi akan
memberi pilihan pertama agar menjalani pembedahan segera. Walaupun saya dalam
kesakitan, saya tidak mahu dibedah atau dipotong.
Dalam ayat Al-Israa : 82, Allah berfirman:''Dan kami turunkan
daripada al-Quran bahan yang menjadi penyembuh dan rahmat kepada orang-orang
beriman.
Seterusnya Allah Ta'alla berfirman: ''Hendaklah kamu mencari pertolongan dengan cara bersabar (serta tabah hati) dan bersembahyang.'' (Al-Baqarah : 45).
Seterusnya Allah Ta'alla berfirman: ''Hendaklah kamu mencari pertolongan dengan cara bersabar (serta tabah hati) dan bersembahyang.'' (Al-Baqarah : 45).
Dalam kesakitan, saya sentiasa solat, berdoa, berdoa dan berdoa,
hanya bertahan dengan memakan ubat painkiller dan antibiotic sahaja.
Tidak lama pada 28 Mac 2010, melalui kenalan saya membuat
temujanji dengan Dr. Nurmawati pakar herba produk An-Anbaat yang telah menemui
ramuan penyakit kanser di rumahnya di Bandar Baru Bangi. Pada Masa itu hanya
Dr. Nurmawati sahaja yang tahu keadaan ketenatan penyakit saya. Sejak itu, saya
telah mengambil ubat-ubat herba produk An-Nabaat dan kini sudah hampir lima
bulan. Tahap bengkak payudara saya semakin mengecil. Saya makan secara
berterusan herba rawat kanser 1, 2, 3 dan 4. Selain itu, saya juga ambil herba
tambahan untuk Rawat Arthritis dan herba Rawat Alahan.
Saya yakin bahawa dengan izin Allah SWT bahawa setiap penyakit itu
pasti ada ubatnya. Dan Allah SWT telah menunjukkan kepada saya herba rawat
kanser produk An-Nabaat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.