Sabtu, 1 September 2012

Pendapat Kedua: Adakah anda tahu


Pendapat Kedua : Adakah anda tahu?

 

Pesakit kanser tidak tahu hak mereka. Mungkin terdapat Doktor rakus di sana yang sedang merawat anda!

Semua doktor pakar bermula dengan MBBS, MD, MBBCh dsbnya iaitu ijazah awal yang menyebabkan mereka digelar doktor perubatan. Ia adalah kelulusan asas yang bersifat umum iaitu mereka tahu sedikit saja dari satu-satu jenis bidang pengkhususan.

Mereka belajar lagi di peringkat sarjana bagi menyambung kepada berbagai bagai jenis kepakaran. Selepas mendapat status pakar, masih ada lagi subkepakaran yang boleh mereka terokai. Untuk digezetkan sebagai pakar ada keperluan yang perlu dipenuhi iaitu seperti menyaksikan prosedur pembedahan yang jarang dilakukan!

Prosedur pembedahan yang jarang dilakukan selalunya hanya didapati di kalangan pesakit kanser! Biasanya, jenis prosedur pembedahan yang jarang dilakukan ini bersifat invasive, radikal yakni merupakan pembedahan besar, mengambil masa yang lama, melibatkan pemindahan darah, skin graf atau flab graf dan perlukan sekurang kurangnya sehari dua atau lebih masa pemerhatian rapi dalam ICU.

Biasanya mereka terdiri dari doktor doktor yang bakal bergelar pakar dalam beberapa waktu saja lagi ... Mereka akan memujuk anda tanpa membincangkan kesan sampingan dan kualiti hidup yang bakal merudum selepas dibuat pembedahan radikal itu. Mereka tidak memikirkan langsung tentang kesan sampingan dan kualiti hidup anda selepas pembedahan. Apa yang penting hanyalah mengisi buku log mereka agar cantik kerana penuh sarat berisi dengan pembedahan yang jarang jarang dan susah dilakukan!

Justeru, sebelum anda membuat apa-apa keputusan menjalani pembedahan radikal dan invasive, ambil sedikit masa untuk bertanyakan pendapat kedua atau ketiga dari doktor pakar yang lebih senior yang telah berhijrah ke pusat perubatan swasta. Jangan takut untuk belanjakan wang anda kerana kesan sampingan pembedahan radikal akan hanya diri anda sendiri yang akan menanggung sepanjang hayat. Kebanyakkan doktor mungkin berhijrah ke swasta demi membuat seberapa banyak wang yang mereka boleh...

Dapatkan 2 atau 3 pendapat pakar dari pusat pakar yang berlainan. Selepas berpuas hati, barulah buat keputusan. Anda juga boleh ambil contoh sampel tisu ( Pathology slide bagi dirujuk ke pendapat kedua atau ketiga kerana ia adalah hak anda untuk berbuat demikian! Ingatlah bahawa pathology slide itu adalah hak anda kerana ia diambil dari badan anda sendiri ! ) Professor Susumu Sekine yang juga seorang penderita kanser, dalam bukunya melarang kita pergi berjumpa doktor yang bermatlamatkan duit. Beliau menyarankan agar kita cari doktor yang merawat dengan kasih sayang dan penuh tanggungjawab. Bukunya boleh didapati dari Farmasi Tingkat bawah di Sime Darby Medical Center, Petaling Jaya.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.