Pencemaran Sebabkan Penyakit
Kebelakangan
ini kita dihampari dengan ketakutan yakni banyaknya penyakit pelik dan jarang
kedengaran di masa lampau telah muncul dengan banyaknya...
Pakar
pakar kanak-kanak (Paediatrician) tidak mengetahui punca perkara penyakit pelik
ini semakin bertambah terutamanya di Lembah Kelang (Unknown Cause). Terdapat
kajian yang telah dilakukan membuktikan kanak-kanak di Lembah Kelang memiliki
IQ yang lebih rendah daripada kanak kanak yang tinggal di luar Lembah Kelang.
Ia dikaitkan dengan kadar logam berat (heavy metal) plumbum yang lebih tinggi
di kalangan kanak kanak di Lembah Kelang berbanding kanak kanak yang tinggal di
luar Lembah Kelang.
Pakar-pakar
Perubatan juga tidak mengetahui punca penyebab kepada berbagai penyakit pelik yang
melanda orang dewasa seperti penyakit kanser, gagal buah pinggang (pesakit
perlu dialisis) dsbnya.
Penanaman
sayur-sayuran hari ini menggunakan baja kimia dengan berleluasa. Amat susah
untuk mencari sayur sayuran yang benar-benar 100% organik (sayur sayuran yang
100% tidak menggunakan racun serta baja kimia). Demi kepentingan pasaran,
walaupun baru pagi tadi diracun dengan racun 3 dalam satu (racun serangga /
kulat / herba), sayur-sayuran akan dipetik bagi memenuhi permintaan kerana
peniaga berorientasikan keuntungan...
Nelayan
menggunakan ais batu yang telah dicampur formaldehyde (formalin) bagi tujuan
melanjutkan umur ketahanan ikan mereka. Malangnya, bahan pengawet mayat ini
berpotensi menyebabkan kanser!
Makanan
sekarang banyak yang mengandungi pengawet, pewarna perasa pengemulsi tiruan.
Ia juga berasal darikimia dan kesan
jangka panjang kesihatan tidak dapat dipastikan. Malangnya, amalan dari FDA
apabila telah terbukti sesuatu bahan kimia itu menyebabkan kesan buruk kepada
kesihatan barulah ia diharamkan!! Makanan sekarang juga dibuat Genetic
Engineering. Ayam, itik, kambing dan daging jenis lain disuntik hormon
penggalak daging dan juga disuntik hormon pengurang lemak!!
Pinggan
makanan atau bekas makanan terdiri daripada melamine, plastik atau polistiren.
Kesemua bahan ini berasal dari produk petrol atau plastik. Ia mengandungi racun
dioxin yang menyebabkan kanser!! Malangnya penggunaannya sangat berleluasa
akibat harga yang terlalu murah (diimpot dari China)!!
Terdapat
juga amalan peniaga bangsa asing mengutip semula sayur sayuran serta buah
buahan yang telah dibuang di pasar-pasar borong dan dijual dengan harga murah
kepada orang awam. Malangnya, sayur sayuran serta buah buahan ini ada yang
telah menjadi sisa tikus di pasar-pasar borong dan boleh menyebarkan penyakit
berjangkit kepada manusia!
Rakyat
di negara Eropah seperti Norway, Finland, Jerman dsbnya telah lama menyedari
perkara ini... Ia menyebabkan harga rumah di kawasan pedalaman melambung tinggi
manakala harga rumah di kawasan bandar merudum.. Perkara sebaliknya berlaku di
Malaysia! Rakyat Eropah amat menghormati serta menjaga persekitaran mereka!
Kilang seperti Lynas serta kilang kilang skala lebih kecil yang boleh menyebabkan
pencemaran tidak dibenarkan beroperasi sama sekali di negara mereka! Buktinya,
Australia telah mengeksport sisa beracun dari negara Australia sendiri untuk
dilupus di Malaysia ( Lynas Gebeng )! Rakyat di negara Eropah, Australia dsbnya
amat menjaga alam sekitar! Bukit tidak boleh ditarah sewenang-wenangnya. Kawasan
hutan dijaga rapi. Malahan Jerman mempunyai universiti khas bagi menanam serta
membiak herba herba dari negara negara tropika bagi tujuan perubatan alternatif
berasaskan herba. Teknoloji mereka begitu maju dan canggih. Ia dibuktikan
semasa pertunjukan orkid antarabangsa di London dimana orkid itu amat subur dan
dapat mengeluarkan banyak bunga yang menarik manakala orkid yang sama di hutan
Malaysia adalah kurus serta tidak berapa sihat akibat pencemaran! Malangnya
terdapat rakyat dari negara Malaysia dan Indonesia mudah tewas dengan wang
rasuah yang tinggi bagi menjual herba herba eksotik negara kepada saintis
saintis Eropah! Ia dibuktikan dengan Tongkat Ali yang telah hilang hak paten
kita kepada saintis Amerika! Tumbuhan ayurvedic Tulasi yang digunakan semenjak
2000 tahun lampau oleh para pengamal ayurvedic India telah hilang hak patensi
mereka kepada tangan bangsa Eropah!
Jabatan
Alam Sekitar adalah organisasi terpenting bagi membendung pencemaran daripada kawasan
kilang, kawasan industri dan juga dari kawasan perumahan terutamanya kawasan-kawasan
yang padat dipenuhi dengan pencemaran jenis ini. Malangnya, sampai kini kilang
kilang, kawan perumahan dan industri masih berleluasa didirikan di kiri kanan
anak sungai. Kita tidak mengerti kenapa bengkel cat kereta boleh berada di
tengah-tengah kawasan perumahan. Bingung juga memikirkan bengkel baik pulih
kereta motor boleh terletak di sebelah kedai makan!
Segala
effluen yakni barang buangan dan barang sampingan daripada kilang, pusat
pelupusan sampah, racun pertanian dari ladang sawit, akan memasuki anak anak
sungai. Di hilir sungai pula terdapat loji penapisan / perawat air yang usianya
telah banyak uzur (menggunakan teknoloji lama yang tidak mampu meneutralkan
racun serta logam berat).
Di
Malaysia, jelas diketahui segala macam pelupusan bateri, gadget komputer, hand
phone hanya dibuang ke tapak pelupusan sampah. Alat elektronik ini dan bateri
mereka mengandungi logam berat seperti Nikel, Cadmium, Raksa, Plumbum,
Manganese dsbnya. Logam berat akan membocorkan cecair dipanggil leachetes.
Proses larut resap akan menghanyutkan leachet ini ke dalam aliran anak sungai
terutamanya sewaktu hujan lebat atau banjir. Logam berat yang berlainan jenis
ini masing masingnya mempunyai kesan buruk kepada kesihatan. Kesan ini tidak
kedapatan dalam jangka pendek tetapi mempengaruhi dalam jangka panjang.
Buktinya, terdapat keluhan pakar kanak kanak mengatakan kadar kecacatan bayi
baru lahir telah meningkat lebih 3 kali ganda berbanding 20 tahun lalu!! Kecacatan
bayi akan meningkatkan beban belanja dan menelan masa yang banyak bagi menjaga
serta merawat mereka. Kualiti hidup pesakit serta penjaga juga merudum dengan
hebatnya.
Untuk
mendapat bekas bagi melupuskan bateri masih tiada lagi di bangunkan di tempat
tempat awam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.