Rabu, 3 Oktober 2012

Apa jenis Doktor yang berkata begini?


Apa jenis Doktor yang berkata begini?

Ramai rakan-rakan kanser yang terguris hati ketika mendapat rawatan pertama mereka dengan doktor. Maklum saja datang dah lewat. Saiz lekukan mungkin dah besar, saiz benjolan mungkin dah sebesar bola ping pong, mungkin dah berkudis pun. " Kalau awak tak rawat benda ni boleh bawa maut". Atau doktor berkata, "Bedah ke tak bedah ke dia dah merebak. Keadaan awak ni dah teruk". Awak bodoh sebab guna rawatan lintah untuk hisap kudis awak. Lihat sekarang sudah metastasis ke tahap 4!!

Kadang kadang ada housemen tak cerdik yang tak pandai membuat Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC). Sudahlah tak pandai tetapi berlagak pandai buat prosedur tanpa supervision! Selepas disedut, syringe hampagas tak dikekalkan menyebabkan isi picagari terbebas ke tisu sekitar dan menyebabkan percambahan sel sel barah...Staging kanser akan menjadi bertambah buruk!! Anda ada hak untuk minta Dr Senior untuk buat prosedur anda. Anda ada hak sebagai pesakit untuk enggan dibuat prosedur atau enggan dibuat sebagai tikus ujikaji oleh doktor housemen yang tak competent...

Ramai kawan-kawan yang merajuk dengan doktor jenis ini dan menyebabkan mereka tawar hati untuk jumpa doktor lain. Mereka selalunya lari berjumpa bomoh atau orang yang pandai mengubat. Mereka lebih rasa di empati oleh golongan ini.

Pengajarannya kalau nak berubat. Carilah doktor yang merawat dengan kasih sayang. Sekiranya doktor anda tidak bersetuju mahu mendapatkan pendapat kedua atau ketiga, tinggalkan doktor itu dan cari doktor yang boleh merawat anda dengan berhemah dan penuh kasih sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.