Rabu, 3 Oktober 2012

Petua mencegah barah


Petua mencegah barah


Daripada hasil kajian yang dijalankan di seluruh dunia, pengambilan suplemen untuk melawan barah adalah kurang berkesan. Dalam keadaan tertentu di mana pengambilan berlebihan suplemen boleh mengakibatkan kesan sebaliknya iaitu menggalakkan pertumbuhan barah. Contohnya, pengambilan suplemen asid folik berlebihan boleh menggalakkan barah prostat; pengambilan suplemen beta carotene berlebihan pula meningkatkan risiko barah paru-paru, sakit jantung atau strok, namun begitu pengambilan makanan yang mengandungi beta-carotene mengurangkan risiko barah; pengambilan suplemen pil vitamin C dan pil Vitamin E pula didapati tidak membantu mencegah barah.

Oleh itu, untuk mencegah barah, pakar pemakanan dan pakar barah mencadangkan untuk:

1.   Mengambil makanan segar daripada pelbagai jenis yang mengandungi nutrien dan bahan kimia yang diketahui boleh mencegah barah, bukannya yang makanan yang diekstrak jadi pil untuk dijadikan suplemen. Makanan alami ini boleh diambil dalam bentuk segar, ulam atau dijadikan jus segar. Terus minum jus sebaik saja disediakan!! Dikhuatiri jika disimpan lama dalam peti ais, kandungan vitamin dan antioksidannya akan berkurangan atau beransur musnah.

2.   Menghindari racun dalam makanan ( racun serangga, racun kulat, racun rumpai, MSG, pewarna tiruan, perasa tiruan, pewangi tiruan, pengawet, pengemulsi, penstabil, hormon penggalak tumbesaran, antibiotik dsbnya )

3.   Makan bahan mengandungi antioksidan ( Vitamin C dan E semulajadi ) melalui makanan alami bukannya ekstrak pil / suplemen.

4.   Melakukan senaman / aktiviti fizikal. Ubah gaya hidup dengan meluangkan masa bagi senaman selama 20-30 minit sehari dan mengamalkan pemakanan seimbang, ini dapat mengurangkan risiko barah.

5.   Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (terutamanya sayuran berdaun hijau dan kuning) yang mengandungi nutrien dan fitokimia yang boleh mengurangkan risiko barah.

6.   Tidak merokok – bagi mengurangkan risiko barah paru-paru.

7.   Menghindari stress berlebihan.

8.   Berfikiran positif.

9.   Mendapat sokongan dari keluarga terdekat dan dari kawan kawan.

 

Di antara bahan makanan yang diketahui dapat mencegah dan mengurangkan risiko mendapat barah, ialah:

1. Avocado

a. kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan cara menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi pencetus barah.

b. Avocado juga membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan.

c. Avocado juga menjadi sumber beta carotene yang baik.

d. Avocado juga berguna bagi merawat hepatitis bervirus (penyebab barah hati) atau punca lain kepada kerosakan hati.

 

2. Brokoli, kobis dan bunga kobis (cauliflower) – mengandungi bahan kimia:

a. Indole-3- carbinol yang melawan barah payu dara dengan cara menukarkan estrogen penggalak-barah menjadi estrogen penghalang barah.

b. Antioksidan lutein dan zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko barah prostat, dsb.

Brokoli juga mengandungi fitokimia sulforaphane (produk glukoraphanin) yang boleh mencegah beberapa barah, seperti barah kolon dan rektum.

 

3. Lobak merah / karot - mengandungi:

a. Beta carotene – membantu mengurangkan risiko pelbagai barah seperti barah paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, kolon, pundi, prostat dan payudara.

b. Falcarinol – juga membantu mengurangkan risiko barah.

 

4. Cili merah - mengandungi bahan kimia capsaicin iaitu bahan yang meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab barah) dan boleh mencegah barah perut.

 

5. Flax - mengandungi:

a. lignin yang memberi kesan sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel barah.

b. Kaya dengan omega-3 yang membantu mencegah barah kolon dan sakit jantung.

 

6. Bawang putih - mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan aktiviti sel imun bagi melawan barah dan membantu menguraikan bahan penyebab barah dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Bawang putih berpotensi mengurangkan risiko barah perut dan kolon.

 

7. Limau bali/ limau abung – mengandungi:

a. Mototerpenes – menghalang barah dengan cara menyingkirkan karsinogen dari badan.

b. Vitamin C, beta carotene dan asid folik.

 

8. Anggur merah - mengandungi:

a. Bioflavonoids – iaitu antioksidan yang kuat sebagai pencegah barah.

b. Resveratol – menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan sel barah dan menekan respon imun.

c. Ellagic acid – iaitu sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel barah. Ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan atau terbantut.

 

9. Sayur-sayuran berdaun hijau dan kuning – mengurangkan risiko barah perut.

 

10. Cendawan/kulat - mengandungi:

a. Polysaccharides (lentinan) – berperanan meningkatkan sistem imuniti badan.

b. Beta glucan dan protein (lectin) yang berfungsi menyerang sel barah dan menghalangnya mengganda.

c. Thioproline – merangsang pengeluaran interferon dalam badan.

 

11. Kekacang yang mengandungi antioksidan quercetin dan campferol yang berfungsi menekan pertumbuhan sel barah. Contoh: Brazil nuts – mengandungi selenium yang boleh mencegah barah prostat.

 

12. Limau dan lemon - mengandungi limonene yang merangsang sel imun pembunuh barah (lymphocytes) dengan menguraikan bahan penyebab barah.

 

13. Betik - mengandungi:

a. Vitamin C – sebagai antioksidan yang boleh mengurangkan atau menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab barah) dari tanah atau makanan diproses.

 

14. Rasberi - mengandungi vitamin, mineral, antioksidan (anthocyanins) yang boleh mencegah barah.

 

15. Rumpai laut dan rumput laut - banyak mengandungi:

a. Beta carotene, protein, vitamin B12, fiber, klorofil, chlorophylone (asid lemak yang penting bagi membantu melawan barah payudara).

b. Mineral – seperti potassium, kalsium, magnesium, iron dan iodine.

 

16. Produk soya - contoh: tofu atau tauhu – mengandungi:

a. Phytoestrogen yang berfungsi mencegah barah payudara dan prostat serta menghalang perubahan sel kepada sel barah.

b. Isoflavones

* Jika diambil terlalu banyak, ia mungkin menyebabkan hormon badan tidak seimbang yang mana akan merangsang pertumbuhan barah.

 

17. Keledek - mengandungi beta carotene yang mempunyai ciri-ciri anti barah.

 

18. Tea (tea hijau dan teh hitam) - mengandungi antioksidan iaitu polyphenol (catechins) yang menghalang sel barah membahagi. Teh hijau – mengandungi fitokimia epigallocatechin gallate (EGCG) yang melekat pada protein sel tumor dan seterusnya memperlahankan pertumbuhan tumor tersebut.

 

19. Tomato - mengandungi:

a. Lycopene (antioksidan yang menyerap molekul oksigen bebas atau radikal bebas yang merangsang barah, terutamanya barah mulut.

Tembikai, lobak merah dan cili merah juga mengandungi bahan ini, tetapi ia lebih banyak terdapat dalam tomato.

b. Vitamin C.

 

20. Kunyit - menghalang pengeluaran enzim cyclo-oxygenase 2 (COX 2) yang biasanya dikaitkan dengan penyebab keradangan dan barah seperti barah kolon atau rektum.

 

21. Makanan berfiber tinggi - seperti bijirin dan kekacang, bagi mencegah terutamanya barah prostat.

 

22. Jus epal tak bertapis - bagi mencegah barah kolon.

 

Keterangan yang lebih terperinci dikongsi daripada artikel berikut….


http://chulax12.blogspot.com/2012/04/petua-mencegah-barah.html

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.