Saranan
Kepada Pesakit Kanser
Ruj: http://rosliya.blogspot.com/
Dua
minggu lalu Ana salah seorang ahli keluarga pesakit kanser menelefon
bertanyakan " Apakah makanan yang paling baik bagi pesakit kanser?"
Saya sayang nenek saya. Saya ingin bantu nenek saya.
Jawapan sebenarnya bergantung kepada keadaan pesakit. Dalam keadaan tiada apa yang mampu ditelan melainkan makanan itu, maka makanlah makanan itu. Sebab, kadang-kadang bagi yang sedang menjalani rawatan mungkin mulut sakit, tiada selera dan bila makan sahaja muntah, maka makanlah makanan yang boleh ditelan dan tidak menyebabkan muntah.

Bagi
yang telah sihat dan sihat, elakkan makanan bertoksin. Makanan bertoksin boleh
menyebabkan sel kanser teruja. Apa makanan bertoksin itu? Makanan yang
mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser seperti MSG, protin yang hangus
terbakar cth. daging sate yang hangus. Makanan yang telah rosak semasa proses
penyediaan atau semasa penyimpanan. Makanan mengandungi gula yang tinggi.
Makanan mengandungi pewarna, pengawet, pengemulsi dan lain lain kimia penstabil
yang tidak selamat.
Banyakkan
makanan segar. Makanan yang dimasak dengan baik. Makanan berkhasiat. Makanan
mengandungi antioksida tinggi. Makanan segar yang berwarna warni asli dari
ciptaan Allah yang Maha Pencipta.
Banyakkan minum air.
Banyakkan
pernafasan yang betul.
Banyakkan
senaman yang bersesuaian
Banyakkan
rehat yang cukup.
Banyakkan
tidur yang cukup.
Dan
makanan yang terbaik adalah makanan jiwa dan iman:
Banyakkan
berbicara dengan Allah dalam tahajjud , zikir sepanjang hari dan doa.
Banyakkan
membaca bicara Allah dalam Al Qur'an , terjemahan dan tafsir.
Banyakkan membaca hadith tinggalan Ar Rasul untuk memahami dan meningkat pemahaman pada Islam.
Banyakkan membaca hadith tinggalan Ar Rasul untuk memahami dan meningkat pemahaman pada Islam.
Banyakkan
baiki amalan wajib seperti solat, puasa, zakat.
Banyakkan
tinggalkan kemurkaan Allah seperti akhlak buruk, membuka aurat, mengumpat dan
sewaktu dengannya. Yang dielak , murka Allah.
Banyakkan
usaha pada perkara kesukaan Allah yang kita rindui bersama.
Banyakkan memaafkan orang terutama yang kita sayang dan yang hampir dengan kita.
Banyakkan memaafkan orang terutama yang kita sayang dan yang hampir dengan kita.
Banyakkan
beri kasihsayang pada mereka yang kita berinteraksi baik manusia , haiwan
maupun alam.
Banyakkan
membaca tulisan tersirat dan tersurat dengan mata hati ......
Banyakkan
bersiratulrahmi ... ia penyembuh jiwa
Banyakkan
bersedekah ... ia pengubat raga
Bersangka
baik dengan Allah dan yakinlah pada kasih sayangnya, kerana Allah
"respond" mengikut tanggapan kita. Yang kita cari adalah kesihatan
diri , jiwa dan raga untuk kesihatan dan kebahgiaan didunia dan di akhirat......Makan
Makanan Yang Sesuai........................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.