Jumaat, 8 Mac 2013

Kilang Radioaktif Bukit Merah Masih Beroperasi


Panas!! Kilang Radioaktif Bukit Merah Masih Beroperasi?



Semalam Padang MKP4 Kuantan menjadi saksi betapa sudah ramai rakyat yang celik pada isu berkaitan keselamatan dan kesihatan mereka, kepada generasi akan datang. (baca sini )

Himpunan itu sebenarnya telah diadakan di seluruh negara, bukan setakat 4 lagi lokasi yang telah ditetapkan penganjur, tapi juga beberapa tempat yang juga mengadakan himpunan-himpunan kecil untuk menyatakan penolakan mereka terhadap projek LYNAS di Kuantan Pahang.

Tapi.. sudah ramai terlupa kisah kilang Asian Rare Earth Sdn Bhd di Perak,kilang yang tak berapa nak sama, tapi kesan dari pengeluaran radioaktif di LYNAS pasti akan bawa kesan yang sama dengan ini, malah lebih teruk lagi, kerana keluasan kilang LYNAS diPahang lebih besar berbanding kilang ARE di Perak. Itu perlu kita ingat, tapi balik semula ke kilang ARE yg penuh kontrovesi ini... (baca sini)

Benarkah kilang tersebut masih beroperasi secara diam-diam?, "tukanglawan" tak mahu menuduh, tapi ada yang berkata masih ada operasi disana, operasi apa? itu yang ita mahu tahu.

Khabarnya kawasan itu dikawal oleh SB ( Special branch ) malangnya mereka terdedah kepada risiko terkene radioaktif, takkan mereka tak tahu itu?, takkan nak tolong tutup rahsia kot.. takkan la tugas dan arahan lebih penting sampai jadi tunggul kayu.... tak terfikir ke diorang?

Kenapa "tukanglawan" kata begitu, kerana mereka akan memantau apa sahaja aktiviti orang luar dikawasan itu, seorang aktivis telah dibawa ke sana oleh seorang bekkas pekerja ARE yang pernah ditangkap dibawah ISA, dan semasa mereka mendekati kawasan tersebut kereta mereka telah diekori bagi tujuan menakut-nakutkan mereka.
Terdapat dakwaan operasi kilang itu masih berjalan kerana ada pekerja kilang ini juga diangkut dengan sebuah bas untuk keluar masuk..

Untuk apa pekerja tersebut masuk? apakah masiha da operasi yang dilakukan disana, jika ya aktiviti apa sedang mereka lakukan, dan jika berkaitan dengan bahan radioaktif kemana sisa itu dibuang?, semua menimbulkan pertanyaan.

Apakah misteri ini akan terjawab nanti?.

Projek Lynas pulak macam ne....

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak. Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan. Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk. Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul. Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium – elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.