Resepi Jus
Anti Kanser
Mengambil jus setiap hari adalah satu langkah yang mudah dan sihat
serta cara alami merawat kanser dengan meningkatkan sistem imunisasi badan. Di
samping itu zat-zat dan antioksidan yang terdapat di dalam buah-buahan dan
sayur-sayuran segar bersifat antikanser. Anda juga boleh mencampurkan biji
aprikot dan blendkan sekali di dalam jus. Dengan ini dapat mengurangkan rasa
pahit jika biji aprikot dimakan begitu sahaja. Oleh itu ini bukan sahaja anda
memakan vitamin b17 setiap hari tetapi juga mendapatkan khasiat vitamin
daripada jus buah-buahan atau sayuran yang diminum.
Anda haruslah berhati-hati untuk membuat jus, pastikan buah-buahan
dan sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat jus di basuh bersih-bersih
supaya tidak terdapat kesan racun serangga yang melekat padanya. Sebaik baiknya
buang kulit buah dan gunakan buah2an atau sayur2an sah organik.
Anda boleh mencampurkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran
yang segar untuk membuat jus. Pastikan anda menggunakan hanya air yang telah
ditapis (dinyah klorin) atau air mineral untuk membuat jus. Jangan tambah gula
kerana gula merangsang pertumbuhan kanser, sebaliknya gunakanlah stevia segar atau
madu lebah liar.
Jus begini amat baik di ambil sekurang-kurangnya satu jam sebelum
makan. Misalnya setiap pagi, tengahari, dan malam sebelum waktu makan.
Berikut adalah beberapa resepi jus yang anda boleh cuba.
Just Anti Kanser 1
1 biji Ubi bit organik.
1 biji lobak organik.
3 kepala brokoli organik dan batangnya
1 batang saderi organik.
1/2 biji kentang organik.
1/2 inci halia organik.
1 biji epal organik bersama bijinya sekali (biji epal mengandungi vitamin b17)
Basuh semua bahan bersih-bersih dan masukkannya ke dalam blender. Jika ia berasa pelik, perahkan sedikit limau lemon ke dalam jus. Jika ia terlalu pekat tambahkan sedikit air untuk mencairkannnya.
Jus Anti Kanser 2
3 biji tomato organik ( elok buang kulit dikhuatiri ada racun )
1 batang saderi organik.
1 batang timun organik.
sedikit stevia atau madu liar
sedikit lada benggala
sedikit garam laut (tanpa anti-caking) untuk rasa
Jus Campuran
Sebiji epal dengan bijinya sekali (biji epal mempunyai vitamin b17) (perlu buang kulit kerana ada racun).
Lobak merah organik.
sedikit timun organik.
sedikit air limau lemon.
Jus Delima (kaya dengan antioksidan)
Blend buah delima bersama biji-bijinya
Selain daripada itu, jus rumput gandum (wheatgrass) yang tinggi alkali amat baik sebagai rawatan kanser alternatif. Marilah sama-sama mengamalkan resepi jus anti kanser ini untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita bagi menentang penyakit kronik seperti kanser.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.