Jumaat, 8 Mac 2013

Benzoic acid


Benzoic acid

Benzoic acid adalah sejenis pengawet makanan yang sering dimasukkan ke dalam jus buah buahan, sos dsbnya! Lain kali baca label di botol anda sebelum telan...! Lagi banyak kandungan Benzoic acid dalam makanan, maka lagi lamalah makanan itu tahan sampai  bertahun tahun tanpa risau ia akan menjadi basi !!!

Benzoic acid adalah kristal pepejal tanpa warna dari jenis carboxylic asid. Pendedahan Benzoic acid kepada manusia boleh berlaku melalui makanan, sedutan nafas mahupun hanya dengan sentuhan kulit kepada  racun ini. Benzoic acid bersifat merengsa saluran nafas, batuk2 dan sakit tekak. Jika banyak dimakan akan menyebabkan sakit perut, sakit tekak, loya muntah. Benzoic acid juga menyebabkan mata merah dan berair.

Hairannya Benzoic acid masih dibenarkan berada dalam makanan paras maksimum 800mg/kg !  WHO juga membenarkan Benzoic acid berada dalam makanan dan paras yang boleh dimakan setiap hari oleh WHO adalah berada pada 5mg/kg berat badan ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.