Ayat-Ayat
Al-Quran untuk Merawat kanser
Saya percaya kaedah terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit
haruslah melibatkan aspek-aspek fizikal mahupun spiritual. Ini adalah kerana
aspek-aspek spiritual juga memainkan peranan dalam meningkat atau menurunkan
kekebalan sistem imunisasi seseorang itu.
Ramai diantara pesakit kanser yang saya kenali pernah menyatakan
bahawa stres atau tekanan hidup menjadi antara penyebab sakit kanser. Ini
adalah kerana apabila seseorang itu mengalami stres, sistem imunisasinya
menjadi lemah. Dengan itu seseorang akan lebih mudah terkena penyakit. Pakar
onkologi juga mengakui biasanya pesakit kanser mengalami stres 8 bulan sebelum
mereka didiagnosa mendapat kanser !!
Menggunakan ayat-ayat Al-Quran merupakan salah satu cara spritual
yang anda dapat cuba dalam mengubati sesuatu penyakit. Gabungan cara fizikal
seperti kawalan diet, senaman, cara hidup dengan cara spritual seperti penggunaan
ayat-ayat al-Quran, dengan izin Allah, pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.
Berikut ialah beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan
bagi merawat kanser yang dipetik daripada website 1khalifah.
Untuk mengecilkan sel-sel kanser : Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)
Untuk mengecilkan sel-sel kanser : Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)
Untuk membunuh sel-sel kanser
1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam : 16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)
Untuk sembuh dari kanser
1. Al Fathihah
2. Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thahaa 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaafaat 1-15
9. Al Rahman 31-34
10. Al Hasyr 21-24
11. Al Mulk 3-4
12. Al Qalam 3-4
13. Al Jinn 3
14. Al Kafirun
15. Al Falaq
16. An Nas
Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian.
Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air minuman. Ini
adalah kerana air zam-zam mempunyai sifat antioksida yang tinggi. Sila googlekan
artikel berkenaan keajaiban air zam-zam.
Bacalah kesemua ayat dengan betul tajwid dan tartilnya serta yakin
bahawa Allah dapat menyembuhkan penyakit anda. Allah jua yang berkuasa atas
segalanya, Allah Maha Penentu, Maha Tempat minta tolong dan perlindungan, Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Disamping itu anda juga disarankan untuk membaca Doa Nabi Yunus,
Bismillah 5, Doa Nabi Ayub , ayat-ayat Syifa serta perbanyakkanlah beristigfar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.