Profesional Hampeh
Wahai
manusia, sedarilah olehmu bahawasanya kebanyakkan kecaca-marbaan, pesongan,
keterlanjuran, perkara2 buruk yang tidak sepatutnya berlaku sekarang berpunca
dari wang. Iaitu, manusia sibuk mengejar wang serta harta dunia atau bermatlamatkan
mencari untung dunia semata mata tanpa memikirkan akhirat.
Siapakah
yang dimaksudkan dengan profesional hampeh? Malangnya golongan ini sudah
semakin ramai sekarang!! Berikut diceritakan serba sedikit mengenai golongan
yang ditafsirkan sebagai profesional hampeh: Mereka antaranya mempunyai
beberapa kriteria utama seperti:
1.
Kurang didikan agama.
2.
Bersikap mementingkan diri atau keluarga sendiri sahaja tanpa menghiraukan
untung nasib orang lain! Perasaan atau perangai buruk ini telah diajar Allah agar
dibuang jauh-jauh melalui pengajaran di bulan Ramadhan tetapi tidak ramai
manusia yang dapat belajar dari sebulan yang ia berpuasa itu !!!
3. Mementingkan mengejar duniawi semata mata
dan melupakan atau tidak menghiraukan pembalasan akhirat !!!
4.
Rukun iman hanya sekadar mainan hiasan atau hanya sebutan di mulut sahaja tanpa
betul betul beriman kepada Rukun Iman iaitu sebenar benarnya mereka perlu beriman
!!!
5.
Tidak mahu berfikir panjang walaupun mereka berpendidikan sangat tinggi !!!
6.
Tidak mahu bermuhasabah diri iaitu berusaha mencari kelemahan diri sendiri
tentang apa apa kerjanya yang memudaratkan orang lain serta berusaha bersunguh
sungguh mengatasi kelemahannya itu dengan pelbagai cara yang praktikal.
Selepas
melihat kriteria, kita lihat contohnya pula:
1. Doktor
- Sanggup menipu pesakit, menjual mc, ubat batuk, ubat telah luput tarikh
semata mata demi keuntungan duniawi. Sanggup menipu pelanggan mengatakan perlu
pembedahan walhalnya tidak perlu! - Sakit perut biasa dikatakan appendicitis
tetapi apabila abdomen dibuka = Normal appendix - untuk elakkan dari di saman
pesakit ditulis sebagai inflamed appendix di dalam bed head tiket pesakit!! Pesakit boleh mengetahui kebenaran ini dengan
meminta kembali tisu appendix anda dan pergi ke pathologist di hospital yang
lain dan lihat semula samada benar inflamed atau Normal appendix anda!!! Ada
juga yang membuat pengguguran haram serta menjual bayi !!! Ada juga yang
mencampurkan antibiotik dengan air mati bertujuan mendapat lebih banyak ubat
walaupun dosage ubat telah berkurangan, menjahit luka pesakit dengan lignocaine
expired, menggunakan semula benang serta jarum jahit pesakit terdahulu, tidak
sterilised peralatan menjahit dengan autoclave / SOP sepatutnya dll lagi..
2. Ulama
- Sanggup berpaling dari kebenaran apabila disogokkan dengan wang!! Apabila
mengajar ilmu dipinta wang upah dan bukan mengajar dengan ikhlas !!!
3. Cikgu
- Memaksa murid pergi ke kelas tuisyen mereka dan sekiranya murid enggan pergi,
maka murid diugut akan digagalkan dalam peperiksaan !!
4. Peguam
- Masih sanggup membela pihak tertuduh walaupun telah sedia tahu tertuduh
memang sah benar bersalah !!!
5. Hakim
- Menidakkan perkara yang beliau
tahu perkara itu adalah sebenar dan adalah benar belaka !!!
6. Politician
- sanggup menabur fitnah demi survival politik.
7. Peniaga
- Taruk benzoic acid berlebihan supaya makanan tidak basi bertahun tahun!!!
Taruk pewarna makanan yang dilarang penggunaannya!!
8. Doktor
sakit jiwa - sanggup bercakap kasar kepada pesakit kanser dan tidak menyelami
perasaan pesakit kanser dengan sepenuh jiwa mereka sebagai doktor pakar jiwa !!
Perlukah anda sebagai pakar psikiatri mendapat kanser baru boleh menyelami
perasaan dan penderitaan pesakit kanser? Pakar jiwa yang telah saya temui itu
adalah seorang wanita!! Rasullullah juga mengingatkan bahawasanya golongan
wanita adalah golongan teramai di neraka nanti !! Nama hospital dan pakar psikiatri
berkenaan eloklah saya sembunyikan ...
9. Wanita
sanggup menjual tubuhnya.
10.
Anak anak tidak peduli atau
ambil berat ibu bapa! Anak sanggup sembelih ibu bapa akibat terdesak mahu wang beli
dadah!
11.
Penipuan wang di internet,
Skim Cepat Kaya dsbnya.
Akhir
kata, kepada golongan profesional yang benar-benar ikhlas, baik hati, benar,
bersunguh sungguh, bertanggungjawab, berdedikasi, berhemah, berwawasan dan
beretika, kita ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih atas kejujuran,
keihlasan dan kebaikan anda berkhidmat kepada masyarakat kesemuanya..
Penyelesaian kepada permasaalahan di atas amat mudah iaitu dengan kembali
kepada saranan, pandangan dan amalan Al Quran secara seratus peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.